Social Media

Top 3 Permainan Video dan Mengira Kegemaran

Assalamualaikum dan hai semua,
Dina kembali dengan entri permainan video di atas talian. Seronok pula bila ada masa lapang, kita mencari permainan video yang mudah dan bermanfaat. Dina memang sejenis suka main permainan video cepat dan mudah untuk mengisi masa yang terluang. Laman sesawang kali ini, sebenarnya lebih fokus dalam mengira gadai janji. Tapi mereka ada selitkan beberapa permainan video yang lebih ke arah mengira. 


1. Hero Elementary Treehouse Trouble


Permainan video ini mudah dan santai. Awak hanya perlu bina sebuah rumah pokok dan pastikan ianya stabil. Mempunyai tutorial sekiranya ada bahagian yang awak kurang faham. Dina terasa permainan video ini comel dan mudah. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas dan juga dewasa. Nampak sahaja comel dan mudah. Tapi ada beberapa peringkat agak sukar untuk diselesaikan. Ini mampu membantu kita berfikir dengan lebih kritis. Perincian amat dititik beratkan dalam permainan video ini. 

Sejujurnya, Dina pun agak sukar untuk menyelesaikan beberapa peringkat dalam permainan video ini. 

2. Kingdom Wars


Pernah main jutaria? Monopoly? Kingdom Wars ini sama seperti permainan yang disebutkan tadi. Cara untuk bermain sangat mudah. Kita hanya perlu baling dadu dan beli tanah sebanyak yang mungkin. Siapa yang tidak mempunyai tanah mahupun wang, kalah. Mudah bukan? Dina habiskan permainan video ini dalam lebih kurang sejam. Tidak memerlukan tenaga mental sangat. Boleh main bersahaja. 

Sejujurnya, leka juga main permainan video ini walaupun tidak memerlukan sebarang strategi. Hanya logik. Kita boleh bina rumah sekiranya mempunyai 3 tapak yang sama. Kita juga boleh beli tanah orang lain tanpa minta. Kira kita curi lah. Tapi jangan sampai duit jadi 0. Kita akan dipaksa untuk jual balik tanah. 


3. Build With Buddies


Ini antara permainan video yang menjadi pilihan hati Dina. Nampak mudah tapi susah. Permainan video ini boleh bermain bersama rakan atau pemain lain secara rawak. Misi kita ialah membina 21 ladang, gunung, hutan rimba dan lombong. Boleh curi bahan mentah orang lain juga. Dina bermain secara rawak kerana Dina ingin mencubanya. Dina kalah dan ternyata tidak semudah yang disangkakan. 

1 dadu =  100 bijirin
2 dadu = 100 kayu
3 dadu = 100 emas
4 dadu = 0
5 dadu = 100 batu
6 dadu = curi orang punya

Banyak lagi tau permainan video lain yang menarik. Ini cuma apa yang Dina suka. Awak boleh cuba di https://www.mortgagecalculator.org/money-games/ ! Boleh ajak anak atau adik main sekali. 

Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS