Hari ini Dina nak borak mengenai foundation baru Dina. Banyak perkara baik yang Dina dengar mengenai jenama ini. Dina sangat tertarik apabila mereka sebut kalis air dan peluh. Teringin melihat hasil pada kulit Dina sendiri. Jika awak masih baru di blog Dina, awak perlu tahu kulit Dina jenis kombinasi dan sensitif. Sangat berminyak pada zon-T dan normal di bahagian lain.
Dari segi tekstur, foundation ini lebih kepada berair dan terasa ringan di kulit. Dina memerlukan dua lapisan untuk dapatkan liputan penuh (full coverage). Itupun, masih terasa seperti tidak pakai sebarang foundation. Dina rasa, concealer Dina jauh lebih berat jika hendak dibandingkan dengan foundation ini. Untuk warna pula, Dina pilih kod 20 ivory dan sedikit kuning untuk kulit Dina.
Disebabkan kulit Dina yang sangat berminyak di bahagian zon-T, foundation ini gagal bertahan lama. Lebih kurang dua atau tiga jam sahaja ianya bertahan. Primer juga main peranan yang besar. Dina akan cuba sehingga jumpa primer yang sesuai dengan foundation ini dan Dina bakal kongsikan nanti. Sejujurnya, Dina lebih suka foundation ini jika hendak dibandingkan dengan Maybelline Fit Me. Gambar dibawah, Dina tidak menggunakan sebarang bedak dan concealer hanya pada bahagian bawah mata. Supaya awak boleh nampak bagaimana foundation itu pada kulit.
Adakah L’oreal Infaillible 24Hr Fresh Wear Foundation benar-benar kalis peluh dan air? Mungkin, tapi awak perlu tahu kulit juga memain peranan yang besar. Setakat ini, Dina pakai tidak kalis peluh. Perkara yang awak perlu tahu, produk penjagaan kulit seperti pelembap muka, primer dan sunscreen mampu mempengaruhi ketahanan atau keberkesanan foundation kita juga. Dina pula sejenis suka menggunakan alat solekan ketika bekerja. Kadangkala berjam-jam sehingga tidak sempat untuk kemaskan semula. Sebab itu, Dina sangat teliti dalam memilih produk penjagaan kulit untuk dapatkan hasil yang maksima daripada foundation.
Kalau awak peminat Maybelline Fit Me, awak akan suka L’oreal Infaillible 24Hr Fresh Wear Foundation. Harga sedikit mahal tapi Dina rasa berbaloi. Sebotol lebih kurang RM67.92 dan Dina beli ketika Watsons buat promosi. Oh lupa. Sejak Dina jumpa produk penjagaan kulit yang sesuai pada kulit Dina, foundation tidak lagi oxidize. Kalau awak sejenis yang ada masalah oxidization, mungkin awak perlu lihat semula produk penjagaan kulit.
✦ 8.5 / 10
Watsons
Shopee
Terima kasih x
Post a Comment