Hari ini Dina nak ajak sembang tentang maskara dari jenama Essence. Jarang sekali Dina menulis tentang maskara-kan? Teruja nak kongsikan pendapat dengan awak semua mengenai maskara pula. Ada sesetengah wanita memang tidak berapa minat menggunakan maskara. Rata-rata mempunyai jawapan yang lebih kurang sama iaitu sukar untuk ditanggalkan, mata terasa berat dan risau tidak sah solat. Dina pula sejenis yang tidak boleh keluar tanpa maskara. Terasa tidak lengkap.
Kalau awak hendak tahu, Dina suka jenama Essence tapi tidak pernah teringin nak cuba maskara dia. Bimbang dengan kualitinya. Trauma dengan jenama Catrice mungkin. Okay, itu nanti kita cerita di lain hari. Maskara Essence I Love Extreme Crazy Volume ini, mempunyai berus bulu yang terlalu halus jika hendak dibandingkan dengan maskara pelebat bulu mata lain. Awal-awal Dina buka memang terkejut. Sebab halus sangat. Macam untuk bulu mata bahagian bawah.
Seperti yang dijangkakan, maskara ini memang tidak mampu melebatkan bulu mata kita. Akan tetapi, maskara ini membuat bulu mata Dina tampak semula jadi cantik. Bulu mata Dina terletak kemas dan bukannya melekat antara satu sama lain seperti sesetangah maskara murah. Dengan harganya RM15 sahaja, Dina rasa berbaloi. Cuma kalau awak penggemar maskara kalis air, ini bukan pilihan yang baik.
Dari segi mudah tanggal atau tidak, Dina tidak berapa pasti. Sebab Dina guna penanggal solekan jenis balsam pada mata. Seliat mana pun solekan mata Dina, memang sentiasa mudah ditanggalkan. Dina tidak rasa maskara ini mudah ditanggalkan dengan hanya Micellar Water dan bergantung kepada berapa lapis juga. Dina memang sejenis pakai maksima 3 lapis sahaja. Risau bulu mata rosak atau gugur.
Bagi pendapat Dina, maskara ini kena pada harganya yang mampu milik. Buat siapa yang ingin berjimat dan bukan penggemar maskara kalis air, ini untuk awak. Dina punya dari Watsons dan Dina ada sediakan pautan dibawah. Tinggalkan ulasan kalau awak nak Dina cuba maskara lain pula.
✦ 6.5 / 10
Watsons
Shopee
Terima kasih x
Post a Comment