Assalamualaikum dan hai semua,
Sekian lama Dina berhenti menulis mengenai produk solekan. Baru hari ini terdetik hendak menulis mengenai produk Fenty Beauty yang Dina sudah cuba. Hampir 3 bulan Dina menggunakan Fenty Beauty Pro Filt'r Instant Retouch Setting Powder ini. Kalau awak sejenis yang suka membaca blog Dina, pasti awak tahu bedak kegemaran Dina. Bertahun Dina menggunakan bedak yang sama, iaitu Innisfree No-Sebum Powder. Sengaja berubah angin dan sedang mencari produk lain yang sesuai dengan kulit muka Dina.
Tidak pernah terlintas difikiran ini, bahawa setiap bedak mempunyai ciri keistimewaannya tersendiri. Dina selalu rasa bedak ialah bedak. Tiada apa yang membezakan mereka dan ternyata Dina salah. Perbezaanya sangat jelas ya. Fakta tidak penting untuk awak, Dina masih menggunakan Innisfree No-Sebum Powder walaupun Dina sudah beralih angin kepada Fenty Beauty. Memang digunakan untuk hilangkan minyak di muka sahaja. Nak dijadikan cerita, Dina buat uji kaji dua produk ini. Sebab kita tidak akan tahu tanpa uji kaji bukan?
Dina sudah cuba memakai solekan bersama bedak Fenty Beauty dan solekan Dina kekal lama berbanding Innisfree. Mungkin Primer memainkan peranan yang penting juga dalam hal ini. Dina akan tulis entri khas untuk Primer kegemaran Dina. Kembali ke topik asal, Dina kurang suka pilihan warna yang ada. Ya, benar. Bedak ini mempunyai warna. Dina mempunyai kulit yang cerah dan kemerahan. Pilihan warna untuk orang seperti Dina, hanya Lavender. Terlalu putih ya untuk Dina.
Bedak ini agak mahal harganya untuk sebekas. Dina beli di Sephora bernilai RM153 (tidak termasuk kos penghantaran). Seperti biasa, kalau awak berminat untuk mencuba juga. Boleh klik sahaja pautan atau mana-mana gambar.
Mungkin selepas ini, Dina akan cuba bedak dari Laura Mercier pula.
Pautan;
Sephora - https://invol.co/cldrcab
Terima kasih x
bedak tabur dah habis... lom beli lagi
ReplyDeletehehe. lepas ni boleh lah cuba fenty punya
Delete