Social Media

Permainan Video Ketika Bosan


Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina ingin kongsikan beberapa permainan video yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Bukan semua permainan video melalaikan ataupun tiada faedah. Ada beberapa permainan video yang direka khusus untuk pembelajaran. Sejak sekolah rendah, Dina memang ada kelemahan dalam mengira. Sehingga kini, Dina masih mempunyai kesukaran untuk mencongak kira-kira secara pantas. Dina pernah masuk kelas abakus dan beberapa kelas tambahan khas matematik, hanya untuk belajar mengira dengan lebih cepat.

Terdetik lah diri ini untuk mencari beberapa permainan video yang mampu membantu Dina perbaiki kemahiran mengira dan tidak membosankan. Tiba-tiba terjumpa satu permainan video yang Dina rasa cukup comel dan mencabar minda Dina. Untuk pengetahuan awak, Dina dahulu mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang juruwang kerana Dina mempunyai minat yang mendalam pada mesin wang. Bila terjumpa permainan video seperti ini, rasa rindu pada zaman kanak-kanak. 


Permainan video yang agak ringkas seperti ini, sudah mampu menggembirakan hati Dina. Nampak sahaja permainan video Grocery Cashier ini mudah, tapi sebenarnya susah. Lagi-lagi orang macam Dina yang mempunyai kesukaran dalam mengira. Cara main dia sangat mudah, awak hanya perlu masukkan jumlah barang tersebut dan tekan butang yang disediakan. 

Antara permainan video lain yang Dina main ialah Feed Math. Dina memang ada kelemahan dengan benda comel dan tengok lah permainan video ini! Permainan video ini mudah sahaja, awak hanya perlu ambil dua pinggan yang ditambah menjadi jumlah yang di pamerkan. 


Bagi pendapat Dina, permainan video Feed Math ini lebih sukar jika hendak dibandingkan dengan Grocery Cashier. Permainan video ini yang Dina main berulang kali. Sebab rasa geram bila dapat markah rendah. Mereka hanya menggunakan matematik yang mudah. Cuma kadangkala, Dina sendiri yang agak perlahan dalam mengira.

Kalau awak sejenis yang tidak suka permainan video seperti ini. Dina ada jumpa beberapa permainan video yang berbentuk strategi. Antaranya, permainan video Checkers atau lebih dikenali sebagai Dam Haji. Permainan video ini boleh main dua orang tau. Boleh ajak anak, kawan atau pasangan awak main sama. 


Teringat dulu main Dam Haji dengan saudara-mara di kampung. Zaman dulu tiada permainan video secara atas talian. Kita main di atas papan permainan yang boleh dibeli di mana-mana kedai runcit. Selalu Dam Haji ini akan dapat sekali set bersama permainan papan yang lain seperti dam ular dan sebagainya. Mesti ada yang rindu Dam Ular. Sekarang Dam Ular pun boleh di main secara atas talian. Boleh main maksimum 4 orang. 


Awak suka permainan video yang mana?

Terima kasih x


1 comment

  1. best kan main game kira2 mcm ni.. tambah pulak jd cashier tu.. haha

    ReplyDelete

Theme by STS