Social Media

Korean Scrub Glove RM1.50



Assalamualaikum dan hai semua, 
Dina memang sudah lama nak mencuba sarung penyental daki ala Korea ini. Tiba-tiba terjumpa yang harganya cuma RM1.50 (termasuk kos penghantaran) dan Dina pilih penghantaran menggunakan kapal. Sebab Dina bukannya nak guna cepat pun. Dina beli syok-syok sahaja. Sebulan juga lah Dina tunggu untuk sampai. 

Warna yang diberi secara rawak dan Dina dapat warna oren. Dina memang tidak meletakkan sebarang harapan pada penyental daki ini, sebab barang murah sangat. Risau betul dapat barang yang rosak. Tapi, Alhamdulillah dapat barang elok. Kalau awak nak tahu, sarung ini mempunyai dua bahagian. Satu bahagian kasar dan sebelah lagi lembut. Mungkin satu untuk sental daki dan lagi satu untuk lap segala daki tersebut. 


Dina tidak tahu cara yang betul menggunakannya. Maka, Dina guna dua cara yang berbeza. Pertama, sental kulit guna sarung penyental daki ini secara kering. Dina gosok selama 5 minit dan tiada sebarang daki yang keluar. Tangan Dina jadi pedih dan merah. Kemudian, cara kedua Dina letak air dan sabun dalam kuantiti yang sedikit. Tidak terlalu pedih seperti yang cara pertama tadi. Tiada sebarang daki yang keluar, tapi kulit tangan Dina jadi lagi lembut. Mungkin selepas ini, Dina akan guna teknik kedua sahaja. Lebih mudah dan tidak menyakitkan. Boleh mandi sambil sental. 

Jangan lupa pakai losyen tangan selepas sental. Bagi peluang untuk kulit itu tenang semula. Dina rasa sangat berbaloi beli dengan harga yang ditawarkan. Awak boleh beli banyak dan simpan. Nampak macam sarung ini tiada lagi rupa seperti sarung, tukar lah yang baru. Kenapa nak bayar lebih kalau boleh berjimat? Betul tidak?

Pautan;

Terima kasih x


1 comment

Theme by STS