Social Media

DermEden Skin Care

Assalamualaikum dan hai semua,
Dina baru sahaja mencuba produk penjagaan kulit jenama DermEden! Jika awak tidak pernah dengar jenama ini, jangan risau. Dina akan terangkan secara ringkas tentang jenama ini. DermEden adalah jenama yang berasal dari Perancis dan produk mereka memang bagus dalam bab anti-UV, anti-cahaya biru dan anti-penuaan. Mesti awak pelik bila nampak perkataan cahaya biru. Kalau awak hendak tahu, cahaya biru adalah cahaya daripada alat elektronik seperti telefon bimbit.  Ada beberapa kajian mengatakan, cahaya biru mampu mempercepatkan lagi proses penuaan. Oleh kerana itu, DermEden menitikberatkan formulasi produk penjagaan kulit mereka sehingga mampu juga mencegah penuaan daripada cahaya biru dan bukan hanya dari cahaya UV. Formulasi yang ada di dalam produk DermEden ini dibawah pemantauan Doktor Bachot. Bila doktor yang pantau, Dina terus tidak khuatir untuk menggunakannya. 

Produk pertama yang Dina cuba ialah DermEden DD Cream. Agak berminyak untuk kulit Dina tapi tidak menjadi masalah kerana Dina suka efek seri yang krim DD ini berikan. Dina gunakan krim DD ini sebagai ganti Dina punya sunscreen. Ini kerana krim DD ini mempunyai SPF50 PA++ (UVA/UVB). Pada awalnya, Dina agak khuatir sekiranya krim DD ini tidak akan sesuai dengan warna kulit Dina. Rupanya krim DD ini boleh berubah mengikut warna kulit kita dan tidak meninggalkan white cast. Krim DD ini boleh dipakai bersama solekan ya. Apabila sebut DD mesti lah ianya kaya dengan vitamin D dan antara kebaikan vitamin D ialah bagus untuk cegah penuaan.


Kemudian, Dina akan buang krim DD tadi menggunakan DermEden Anti-Oxidant Cleansing Foam. Dina memang suka pencuci muka yang berbuih seperti ini, kerana tidak terlalu kasar pada kulit tapi mampu bersihkan segala kekotoran di wajah. Dina pun memang ada kulit jenis sensitif dan Dina perlu elakkan daripada menggunakan produk yang mampu aktifkan dermatitis Dina semula. DermEden Anti-Oxidant Cleansing Foam ini sangat sesuai pada kulit Dina. Lembut betul kulit Dina lepas guna pencuci muka ini. Jatuh hati!


Akhir sekali, Dina akan tutup hari Dina dengan menggunakan DermEden Night Protocole Set. Selepas cuci muka, Dina akan pakai Intense Serum dan pelembab muka. Serum ini mampu membuat kulit menjadi lebih lembut, menghilangkan bintik gelap dan cegah penuaan. Kemudian, Dina akan guna Intense Eye Contour untuk elakkan kedut dibawah mata dan tepi mata. Bukan itu sahaja, krim mat aini mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.  Seterusnya, Dina akan pakai Intense Night Cream untuk kekalkan kulit Dina sihat dan gebu.  Dina memang sangat menitikberatkan penjagaan kulit pada waktu malam kerana kulit kita akan diperbaiki ketika kita tidur. Sebab itu sebelum tidur perlu ada banyak rutin penjagaan kulit berbanding siang. 

Terima kasih x


2 comments

Theme by STS