Social Media

Cetaphil Sun SPF50+ Light Gel


 Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina ingin kongsikan kepada awak semua, sunscreen baru Dina! Bertahun lamanya Dina menggunakan Skin Aqua UV Watery Gel dan akhirnya Dina membuat keputusan untuk beralih kepada Cetaphil Sun SPF50+ Light Gel. Doktor pakar kulit yang Dina jumpa sendiri mencadangkan Dina agar berhenti menggunakan Skin Aqua UV Watery Gel kerana Dina mempunyai kulit yang sensitif. 

Tiub ini agak kecil  dan mahal jika dibandingkaan dengan suncreen lama Dina. Bukan itu sahaja, tekstur sunscreen ini lebih tebal dan mempunyai white cast. Mengambil masa yang lama dan tenaga untuk hilangkan white cast tersebut. Dina mula jarang pakai sunscreen kerana kulit Dina sangat sensitif. Dina hanya pakai sekiranya, Dina nak keluar rumah sahaja. 


Setakat ini, Cetaphil tidak buat dermatitis Dina aktif semula. Doktor pakar kulit pun sarankan kepada siapa yang ada masalah jerawat, perlu menggunakan produk yang ringan seperti orang yang mempunyai kulit sensitif. Mungkin awak yang ada masalah kulit jerawat, boleh cuba produk yang sama dengan Dina? Dina masih menggunakan pelembab dan pencuci muka dari Ceradan. Pastikan awak beli produk yang asli tau. Bahaya zaman sekarang. Banyak produk penjagaan kulit yang palsu. 

Sebotol Dina beli berharga RM89.19 (selepas diskaun dan termasuk kos penghantaran). Dina beli dekat Shopee. Tapi Dina rasa, mereka dalam proses untuk tukar botol ini kepada warna kuning. Selain daripada Shopee, awak boleh beli di farmasi berdekatan juga. Jauh lebih murah, jika tidak silap. 

pautan;


Terima kasih x


Post a Comment

Theme by STS