Dina teringin benda manis semalam dan bagitahu teman lelaki Dina. Pada mulanya, Dina cuma mengadu betapa tidak berbaloinya membeli sebiji donat dengan harga RM11 (termasuk kos penghantaran). Mahal bukan? Dina memang fikir banyak kali. Kemudian, teman lelaki Dina masukkan duit sebab dia kata benda teringin. Tiba-tiba teringat pada arwah tok. Dia selalu marah Dina dan cakap,"toksah dok pikiaq. Teringin makan! Tak baik lagu tu." Biasalah, kita ini kalau tengok harga memang fikir banyak kali.
Mesti awak pelik. Teringin semalam, tapi beli hari ini. Dina sengaja beli hari ini sebab Dina nak buat video untuk Reels. Perlukan cahaya matahari untuk itu. Niat nak beli donat sahaja, tapi rasa tidak berbaloi dengan harga tersebut. Maka, Dina tambah kopi supaya tidak perlu bayar caj tambahan minima. Rugi. Malah, Dina sangat tertarik dengan Double Shot Iced Shaken Espresso. Sayangnya, Starbucks sini tiada pilihan susu lain selain susu lembu. Dina hanya mampu berdoa agar susu ini tidak memberi sebarang reaksi kepada Acid Reflux.
Ini pertama kali Dina mencubanya dan terus jatuh hati! Mungkin lagi sedap kalau boleh tukar dengan susu oat. Buat siapa yang tidak biasa dengan kopi, Dina tidak sarankan awak mencubanya. Dua shot Espresso agak kuat untuk siapa yang bukan peminum kopi. Hati-hati. Orang yang kenal Dina, pasti tahu Dina suka ambil kafein dalam kuantiti yang besar. Sebab badan Dina seolah mula bergantung pada kafein. Oleh itu, Dina berani untuk mencuba yang ini dan jatuh hati dengannya.
Jumlah keseluruhan yang Dina bayar ialah RM 22.78 (termasuk kos penghantaran). Dina gunakan servis Shopee Food.
Terima kasih x
Post a Comment