Mesti awak pelikkan kenapa Dina berhenti menulis mengenai kuarantin. Dina memang sudah berniat untuk menulis pada kuarantin kelima. Akan tetapi, keadaan kesihatan Dina semakin merosot ketika itu. Dina jadi lebih sukar untuk bernafas, terasa letih dan batuk semakin teruk. Mesti awak pun tertanya-tanya. Kenapa orang lain kata seolah-olah Covid-19 ini seperti demam biasa sahaja. Dina hanya mampu jawab, tengok pada badan. Dina memang mempunyai kronik asma dan Covid-19 suka ganggu paru-paru.
Selepas habis kuarantin, Dina pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan lebih lanjut. Dina masih muda dan memerlukan paru-paru dalam jangka yang lama. Doktor pun terkejut Dina datang lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Perkataan pertama Dina ialah,"Doktor, saya kena Covid." Doktor memang terus bangun dan buat ujian paru-paru. Sepanjang Dina dengan beliau, ini pertama kali Dina tengok beliau cemas. Doktor paru-paru Dina adalah Doktor yang paling tenang. Bila kita tengok dia cemas, kita pun terikut.
Doktor kata paru-paru Dina semakin sempit. Sebab itu Dina mempunyai kesukaran untuk bernafas. Ubat Dina memang paling maksima. Dalam dunia ini, masih belum ada ubat yang dosnya lagi tinggi dari ubat Dina sekarang. Doktor minta Dina teruskan sahaja perubatan Dina seperti biasa dan beliau tambah steroid untuk sebulan.
Apa yang orang tidak tahu, post-covid lebih menyakitkan. Dina demam semula. Covid-19 juga punca Dina mempunyai sinus. Kepala terasa berat dan sukar untuk fokus. Badan juga terasa letih sepanjang masa. Susah sebenarnya kita nak biasakan balik badan untuk buat rutin harian. Badan tidak lagi rasa sama seperti sebelum jangkitan.
Jaga diri semua!
Terima kasih x
Post a Comment