Tengah belek aplikasi baru Starbucks, sebab Dina tidak pernah buka selepas Dina kemas kini. Dina baru tahu aplikasi Starbucks mempunyai kebolehan beli dan ambil di mana-mana cawangan terdekat. Kiranya kita boleh potong barisan lah. Datang Starbucks ambil sahaja. Tidak perlu beratur panjang. Dina dengan bersahaja tengok ada apa di dalam menu untuk orang yang hendak menggunakan servis ini. Untuk pengetahuan awak, Starbucks banyak menu tersembunyi dan hanya penggemar/barista Starbucks saja yang tahu.
Dina tertarik dengan Matcha Cold Foam Iced Americano. Dina tidak pernah tahu Starbucks ada Matcha Cold Foam. Tanpa berfikir panjang, Dina terus minta mama belikan kerana mama berada di hospital. Menu ini tiada di dalam Foodpanda, Grab Food dan Shopee Food. Kena pergi kedai fizikal atau beli melalui aplikasi Starbucks sendiri. Buat siapa yang mengenali Dina pasti tahu, Dina penggemar kopi Starbucks.
Seterusnya, Dina menanti dengan penuh kesabaran ya untuk mama membawa pulang kopi tersebut. Reaksi pertama Dina selepas melihat rupa air tersebut ialah jijik dan keliru. Memang nampak tidak menyelerakan betul. Mungkin sebab ais sudahpun cair. Musim panas. Baiklah, kita pejamkan mata sahaja. Paling penting, rasa kopi tersebut.
Kita kebahagian rasa pula. Rasanya pahit. Dina tiada masalah dengan rasa pahit kopi. Tapi ini terlalu pahit. Menyesal pula Dina tidak minta letak sirap karamel. Bagi ada rasa manis-manis sedikit. Menurut palatao Dina, antara penyumbang kepada rasa pahit ini datang dari Matcha itu sendiri. Dina teka sahaja. Kebenaran tidak dapat dibuktikan. Maaf.
Kalau awak nak cuba, jangan lupa tambah dua pam sirap. Dina tidak pasti harga secawan berapa. Tapi kalau berdasarkan harga di dalam aplikasi Starbucks, RM17.50 (saiz venti). Akan ada penambahan harga kalau minta sirap. Dina rasa Dina akan cuba beli lagi sekali bersama sirap karamel.
Terima kasih x
Post a Comment