Social Media

Qurantine Queen (Day 1)


Assalamualaikum dan hai semua,
Ya, benar. Ini kali kedua, Dina kena Covid-19. Pada mulanya, Dina hanya kontak rapat dengan sepupu Dina. Hari ketiga menjadi kontak rapat, baru mula muncul simptom seperti sakit tekat dan demam. Dina ada buat ujian saringan kendiri Covid-19 pada hari yang sama, tapi negatif. Hari keempat menjadi kontak rapat iaitu hari ini, Dina mula rasa penat, demam semakin panas, selsema dan batuk. Dina buat lagi sekali ujian saringan kendiri Covid-19 dan Dina disahkan positif. Dina seorang sahaja yang tewas. 

Kali ini, Dina lebih tenang daripada yang dulu. Kalau dulu Dina boleh sembuh dengan hanya bergantung dengan antibodi Dina sendiri, apatah lagi selepas di vaksin dan booster. Insyaallah. Dina masih mempunyai selera makan dan minum. Dina juga masih bertenaga untuk bangun dan berjalan. Sebab itu, Dina ingin menulis dan kongsikan rutin kuarantin Dina di sini. Mungkin nanti, Dina boleh tengok balik dan gelak. 

Dina makan bubur sahaja kebiasaannya sebab tekak tidak selesa. Dina suka makan sesuatu yang berkuah atau lembut tapi panas ketika sakit tekak. Dina tidak suka ubat sakit tekak sebab tidak selesa dengan rasa kebas. Madu pun Dina suka ambil kalau sakit tekak dan batuk. Memang lega cepat betul. 


Menu malam Dina agak berbeza kerana Dina teringin nasi dan telur mata. Dina memang sejenis suka makan telur ayam. Walaupun Dina masih mempunyai selera, tapi fizikal Dina tidak sekuat yang Dina sangkakan. Dina mempunyai kesukaran untuk menelan makanan Dina. Mungkin ini salah satu simptom datang dari Covid-19? Tidak pasti.

Dina kuarantin di dalam bilik seorang diri. Terpaksa halau adik Dina sebab dia negatif. Dua kali dia buat ujian saringan kendiri Covid-19 dan keputusan kekal negatif. Dina juga buat laporan di Mysejahtera. Risau apa-apa jadi, senang nak menghubungi CAC. 

Doa-kan Dina!

Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS