Social Media

Quarantine Queen (Day 4)


Assalamualaikum dan hai semua,
Sejak MySejahtera Dina berubah kepada Kes Yang Disahkan - Amaran!, Dina perlu buat penilaian kendiri sebanyak 2 kali. Itu adalah salah satu inisiatif dari pihak kkm untuk memantau pesakit yang berisiko tinggi seperti Dina. Hari ini juga, papa disahkan positif dan bersimptom selepas membuat ujian saringan kendiri Covid-19. Dina yang tolong papa kemas kini MySejahtera. Dia perlukan bukti untuk tunjuk pada bos. Alangkah terkejutnya Dina, papa hanya dikategori CAT-2A. Walaupun dia mempunyai sakit jantung dan darah tinggi. 

Pagi tadi, CAC ada menghubungi Dina. Tapi, Dina masih tidur dan Dina tutup bunyi telefon bimbit Dina. Terlepas 3 panggilan dari pihak CAC. Tidak sengaja dan maafkan saya. Dina dapat lagi sekali panggilan dari CAC pada waktu petang. Antara soalan yang ditanya;

"sesak nafas tak hari ini?"
"dada ada rasa ketat atau sakit tak?"
"ada rasa nak kena asthma attack?"
"Simptom dah berapa lama? Selepas test covid ke sebelum?"
"dah pergi check klinik belum selepas positive?"
"boleh drive tak pergi klinik check paru-paru?"
"kalau rasa nak kena asthma attack, call ambulance terus ya?"

Sejujurnya Dina tidak tahu pun kalau kita positif, kita dibenarkan ke klinik untuk buat pemeriksaan selanjutnya. Dina risau, Dina pergi klinik dan kena halau balik sebab tengah positif. Itu antara risiko yang Dina tidak berani ambil. Sekiranya Dina rasa dada Dina ketat dan bakal kena serangan asma, baru lah Dina menghubungi ambulan untuk mendapat rawatan selanjutnya. 

Rasa lesu mula berkurang dan suhu badan Dina sudah semakin menurun. Selsema pun semakin elok dan Dina hanya tinggal batuk asma. Dina sudah hidup dengan batuk asma sejak tingkatan 4. Lama sangat sampai Dina sudah tahu perbezaan batuk asma dan batuk yang datang bersama demam. Maka, Dina anggap batuk Dina sudah pulih. Simptom baru hari ini, ruam gatal di kulit. Dina kena kawal tangan dari menggaru. 



Dina pun sudah tukar ubat dari ibuprofen kepada panadol. Dina perasan, ibuprofen akan buat acid reflux Dina makin teruk. Alhamdulillah, spO2 Dina pun masih kekal 99. Sarapan pagi, mama dan adik Dina buatkan mi kicap. Makan malam pula, nasi lauk tomyam. Dina sangat pasti, adik Dina yang buat Tomyam sebab pedas. Air yang awak nampak dalam cawan tersebut ialah air halia direbus bersama kunyit hidup, lemon dan diletakkan madu. Banyak khasiat minuman tersebut. Doktor pakar pun meluluskan dan dia kata bagus untuk badan selagi air itu tidak tambah bahan yang pelik-pelik. 



Tidak ada apa sangat yang Dina buat hari ini. Dina baru sahaja mula tengok cerita Girl From Nowhere. Sambil tengok, sambil kilatkan kuku. Itu sahaja yang Dina buat pada hari keempat kuarantin. 

Tiba-tiba terasa dejavu. 

Terima kasih x

2 comments

Theme by STS