Ini julung kalinya, Dina membeli sebiji iPhone. Dina pengguna Android tegar sejak masuk universiti kerana Dina berada di dalam bidang teknologi. Android adalah salah satu sistem yang terbaik untuk bahan ujikaji dalam bidang Dina, kerana Apple mempunyai sistem sekuriti yang tinggi. Android juga sangat mesra bila digandingkan bersama Windows. Sebab itu, Dina tidak pernah teringin untuk membeli iPhone.
Selepas beberapa tahun menjadi Content Creator dan Blogger, Dina mula merasa iPhone mempunyai kebaikan dari segi kamera. Kualiti iPhone di aplikasi juga jauh lebih bagus berbanding Android. Dina tidak mahu terangkan dari segi sudut pengekodan, tapi ini adalah salah satu punca yang terbesar. Maka, Dina membuat keputusan untuk membeli sebiji iPhone. Dina beli di Shopee sahaja. Senang. Dapat diskaun lagi. Cuma sepanjang penghantara kena doa banyak sikit. Risau yang sampai hanya kotak. Tapi, Alhamdulillah. Semuanya dalam keadaan baik. Setakat ini tiada masalah.
Dina akan lebih aktif di Instagram. Insyaallah. Kalau awak nak beli juga, awak boleh klik pautan di bawah.
Pautan;
Switch - https://shope.ee/7pFh7Xfsvp
Terima kasih x
Post a Comment