Terasa macam lama tidak menulis blog mengenai makanan. Tidak tahu kenapa Dina rasa teringin nak makan Bagel. Tiba-tiba teringat, Coffee Bean ada jual pelbagai jenis Bagel dan ramai orang kata sedap. Dina membuat keputusan untuk mencubanya. Dina memang letak jangkaan yang sangat tinggi kerana maklum balas yang positif pada Bagel dari Coffee Bean ini banyak.
Sejujurnya, Coffee Bean punya kopi sedap. Dina tidak pernah lagi minum dan kecewa. Cuma, Coffee Bean tidak menawarkan susu selain susu lembu. Dina pula tidak boleh minum susu lembu kerana Acid Reflux dan boleh cetuskan serangan asthma. Disebabkan oleh itu, Dina jarang minum kopi di Coffee Bean. Ini pun, Dina beli tanpa kopi. Sedih.
Untuk bahagian rasa, Dina suka rasa salmon salai yang ada dalam Bagel tersebut. Sangat segar dan tidak terlalu masin. Kuantiti yang diletakkan pun sempurna. Tapi, Dina kurang gemar roti Bagel itu sendiri. Keras dan liat. Bergelut juga lah Dina sepanjang cuba untuk habiskan. Dina pula masih mempunyai gigi susu. Gigitan pun tidak berapa kuat. Nak makan pun jadi tidak begitu menikmati disebabkan oleh roti Bagel tersebut.
Jumlah keseluruhan yang Dina bayar ialah RM22.80 (termasuk kos penghantaran). Dina beli guna Shopee Food sebab ada kod promo.
★ 5.0 / 10
Terima kasih x
Post a Comment