Social Media

Berbaloi atau Tidak Beli Kereta Dengan Ekonomi Sekarang?


Assalamualaikum dan hai semua,
Inflasi bukan sahaja terhad berlaku di Malaysia. Harga minyak, ayam, tepung dan lain-lain juga meningkat di seluruh dunia. Awak rasa berbaloi atau tidak memiliki sebuah kereta dengan ekonomi sekarang yang di mana harga mula mencanak naik. Dina tidak rasa inflasi mampu dikawal dalam masa terdekat. Maka, harga kereta juga akan terus meningkat dari masa ke semasa.

Disebabkan oleh itu, pentingnya kita membuat perancangan yang terperinci sebelum membeli kereta. Ekonomi semasa juga perlu diambil kira, demi memastikan kita mampu untuk memiliki kereta. Jangan pula kita terpaksa mengikat perut hanya untuk kehendak kita. Pastikan gaji kita cukup untuk bayaran bulanan dan tidak menyiksa diri sehingga kita perlu berhutang dengan orang terdekat. Sebelum beli, awak boleh guna kalkulator kira belanjawan pemilikan kereta


Dengan kalkulator ini, kita boleh kira satu-satu untuk pastikan tidak melebihi bajet yang ditetapkan. Awak masukkan sahaja nilai dalam ruang yang disediakan dan tekan "Calculate". Terus dia kirakan untuk awak. Mudah bukan?

Bukan itu sahaja, merancang perbelanjaan minyak yang diperlukan untuk sebuah kereta juga penting. Kalau awak ada baca surat khabar, pasti awak juga tahu minyak mahal dijangka berpanjangan. Adakah kita ini sudah bersedia dari segi kewangan untuk memiliki sebuah kereta? Bagi Dina, penting merancang kewangan bulanan demi elakkan diri dari dibelengu hutang. Kalau awak nak guna kalkulator kira belanjawan minyak bulanan supaya dapat gambaran secara kasar pun boleh. 

Dina sarankan awak membuat pembandingan harga untuk kenderaan terpakai dan baharu. Mungkin kemampuan kita terhad hanya untuk kenderaan terpakai dalam keadaan inflasi ini. Kenapa tidak? Tidak semua kereta terpakai teruk. Kena pandai pilih. Sekiranya ada rezeki, mungkin kita jumpa yang keadaan kereta tersebut seperti baru. Dina ada kawan yang beli kereta Myvi terpakai dan masih bertahan sehingga sekarang. Jarang sekali masuk bengkel. 

Selain itu, buat juga tinjauan berapa banyak minyak yang digunakan untuk kereta tersebut. Elakkan beli kenderaan sporty, kerana ianya menelan pembelanjaan yang tinggi untuk bahan api. Lebih kecil saiz kereta itu, mungkin lebih kecil minyak yang diperlukan. Kita mampu jimat kos disitu. 

Elakkan membeli mengikut kehendak. Ya benar, kereta itu mungkin cantik di mata kita tapi bukan di dompet kita. Kalau korang penat perah kepala fikir tentang beli kereta, jom rehat main permainan video sebentar!



Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS