Social Media

Beli Barang dalam Wishlist


Assalamualaikum dan hai semua,
Sebulan Dina menyepi kerana sibuk dengan realiti kehidupan. Maaf jika ada yang ternanti-nanti. Hari ini Dina nak tunjuk barang yang Dina beli di Shopee. Dina memang sudah lama nak kosongkan wishlist Dina. Lama Dina fikir, sebab risau membazir. Barang ini kehendak dan bukannya keperluan. 

Ini alat kawalan jauh Xbox. Dina beli untuk main permainan video yang Dina baru beli juga di komputer riba. Dina rasa ramai yang sudah tahu, Dina sejenis yang tidak kisah tentang harga jika produk tersebut berkualiti tinggi. Dina sanggup bayar lebih, untuk barang yang mampu bertahan bertahun-tahun lamanya. 


Lama juga Dina tunggu untuk dapatkan warna putih, tapi ramai sangat peminatnya. Maka, cepat sahaja kehabisan stok. Dina mengalah dan mengambil edisi ke-20 mereka. Comel sebab lutsinar, tapi Dina kurang suka warna hijau di bahagian pemegang. Mungkin Dina akan tukar sendiri di masa akan datang. Oh, Dina paling suka butang Dina. Comel betul ada patung!

Terima kasih x

Pautan;

Post a Comment

Theme by STS