Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina nak kongsikan menu kegemaran Dina di Subway! Dina memang peminat setia Subway. Kalau mampu beli tiap bulan, Dina sanggup habiskan duit di Subway. Dulu, Dina sangat suka dengan roti Hearty Italian. Tapi sayangnya, tiada lagi roti tersebut. Hampir menitis air mata selepas membaca pengumuman itu.
Dina pernah rasa kebanyakan yang ada dalam menu, tapi Dina lebih menyukai Seafood & Crab. Sebab Dina menggemari makanan yang rasa lemak berkrim. Kalau awak bukan sejenis suka mayonis, ini bukan untuk awak. Kebiasaannya, Dina akan tambah pesanan satu senduk mac & cheese dan dua senduk avocado. Terliur Dina apabila membayangkan ketika menulis entri kali ini.
Tengok lah. Avocado meleleh keluar. Percaya kata Dina. Sedap! Rasa avocado sedikit pahit dan berlemak. Mungkin ada di antara awak yang akan tidak berapa suka dengan avocado. Tidak mengapa. Awak boleh memesan tanpa avocado juga. Jangan risau. Ini hanya pilihan. Rasa seafood & crab masih sedap walaupun tanpa avocado atau mac & cheese.
Roti yang menjadi pilihan hati Dina ialah roti bawang putih. Sejujurnya tidak terasa sangat pun bawang putih. Tenggelam dengan rasa seafood & crab. Dina akan kongsikan pada awak resit pembelian Dina. Supaya awak boleh tengok apa yang Dina letak di dalam Subway Dina.
Jumlah keseluruhan Dina ialah RM31.05 (termasuk caj penghantaran). Dina beli ini di GrabFood.
Terima kasih x
Aduhh dah terasa lapar pula, saya baca pukul 2 ptg ni 🤣
ReplyDelete