Assalamualaikum dan hai semua,
Terasa macam lama sangat tidak menulis mengenai pendapat Dina terhadap cerita di Netflix. Ada orang memang suka buka cerita sambil makan atau ketika mereka berehat. Sekiranya awak tidak tahu nak menonton cerita apa yang menarik, Dina bersedia untuk membantu awak. Antara cerita yang awak patut menonton ialah Spoiled Brats di Netflix. Filem ini mengisahkan tiga adik-beradik yang datang dari keluarga yang kaya di Perancis dan suka berfoya-foya.
Filem ini bergenre komedi yang mampu membuatkan awak tidak kering gusi dan tidak sesuai buat tontonan kanak-kanak. Filem ini penuh dengan mencarut dan ada adegan yang tidak sepatutnya pada minit ke 1:02:21. Bagi Dina seronok untuk melihat bagaimana bapa mereka menipu sehingga tiga beradik ini terpaksa mencari kerja untuk menyara diri.
Segala kad disekat dan mereka mulakan hidup seperti orang susah. Melihat karenah tiga beradik ini daripada suka berfoya-foya kepada gelandangan sungguh mencuit hati. Itu belum masuk ke bahagian campur tangan orang ketiga yang mahukan segala harta yang mereka ada. Cerita ini santai sahaja. Tidak terlalu berat sehingga kena berfikir.
wauu full mark ni. Kena tengok la. boleh masuk watch list lepas ni. tq
ReplyDelete