Social Media

Sephora Waterproof Eye Makeup Remover


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina paling tidak suka kalau kena cuci maskara. Risau ada yang masih belum tanggal dan wudhu jadi tidak sah disebabkan oleh itu. Dina sanggup keluarkan duit lebih untuk pastikan segala maskara atau solekan pada mata tertanggal. Hari ini, Dina ingin kongsikan pada awak Eye Makeup Remover kegemaran Dina. Produk ini mempunyai dua jenis, satu yang Original Waterproof Eye Makeup Remover dan satu lagi yang versi baru. Bagi Dina, kedua-duanya sama sahaja. Tiada perbezaan. 

Kalau awak ada kulit kering, Dina tidak sarankan awak beli yang ini. Awak akan rasa seperti kulit awak terbakar. Nak guna pun kena hati-hati sebab boleh buat mata jadi pedih. Mesti awak macam pelik kenapa Dina suka walaupun ada keburukan yang jelas dan nyata. Dina suka produk ini kerana Dina tidak perlu tonyoh mata Dina. Dina hanya perlu letak kapas yang mengandungi cecair penanggal solekan ini dan lap. Siap. 

Dina tidak suka bila Dina kena tonyoh untuk tanggalkan solekan pada mata. Itu satu. Belum lagi yang bila Dina bangun, rupanya masih ada sisa maskara semalam. Sudah jadi satu kerja untuk Qada' solat sebab tidak sah. Dina sudah cuba pelbagai penanggal solekan, tetapi ini yang Dina paling suka. Pertama kali Dina cuba ketika Dina di usia 19 tahun. Sejak daripada itu, Dina jatuh hati dan tidak lagi memilih yang lain. 

Dina selalunya memang akan guna untuk buang seluruh solekan. Tidak terhad pada mata. Kulit Dina tidak beri sebarang reaksi. Jadi, tiada masalah. Tapi kalau awak terasa seperti pedih dan panas. Seeloknya berhenti menggunakannya. Kalau kulit awak sejenis tiada masalah, mungkin awak boleh mencubanya!

Sebotol 200 ml berharga RM55 (tidak termasuk kos penghantaran). Kalau nak beli juga, boleh klik gambar atau pautan di bawah. Dina ada kod untuk dapat 15% diskaun untuk pelanggan baru Sephora, "SEPHSTAR5894".

Pautan;


Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS