Social Media

Beli Baju di Shopee Live


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina hendak bercerita mengenai pengalaman pertama Dina beli baju di Shopee Live. Dina agak teruja apabila memasuki Shopee Live walaupun Dina tidak mempunyai sebarang pengetahuan bagaimana hendak membelinya. Dina masuk beberapa Shopee Live. Sebab Dina hendak bandingkan setiap Shopee Live yang Dina masuk. Dina mempunyai tabiat suka meneliti bagaimana sesuatu benda itu berfungsi.

Apa yang Dina nampak para penjual seringkali akan berkata,"Jangan lupa tekan penukul kalau nak. Okay, terima kasih. Sila screenshot dan komen dss. Korang nak pit berapa?"  

Awak bayangkan Dina yang tiada sebarang pengetahuan bagaimana untuk membeli di Shopee Live berada di situ. Sampai sekarang, Dina tidak pasti adakah cara pembayaran Dina itu betul. Nasib baik, penjual-penjual ini peramah dan baik. Mereka mungkin tahu bahawa Dina ini orang baru. Ketara. 


Kalau awak peminat pakaian terpakai, Shopee Live adalah pilihan terbaik. Kekurangannya, kita tidak boleh sentuh kain tersebut. Tapi tidak mengapa, peniaga-peniaga di Shopee Live sangat peramah sehingga mereka tunjuk jenis kain dari jarak dekat. Dari situ, kita boleh agak sama ada itu jenis kain yang kita suka atau tidak. Sepanjang nak membeli pun kena banyak bersabar. Berapa kali Dina stres sebab ada orang lain yang dapat baju Dina berkenan. Rasa macam dalam peperangan.

Dina memang tiada masalah sekiranya baju itu baju terpakai. Memakai baju terpakai adalah salah satu inisiatif untuk menjaga ekosistem dan kehidupan liar. Kira seperti kita ini sedang kitar semula dan membantu dalam mengurangkan sisa yang datang daripada pembuatan pakaian. Disebabkan oleh itu, Dina mula berjinak dalam membeli baju terpakai. Sejujurnya, kualiti baju-baju terpakai tidak lah seteruk yang digambarkan oleh kebanyakan orang. 



Dina beli beberapa helai baju di peniaga yang berbeza. Kebanyakan baju, Dina bayar sehelai RM5 dan RM10. Cantik-cantik baju dan jenis kain yang mereka jual. Malah, Dina dapat lagi beberapa baju percuma yang penjual selitkan. Dina pasti akan kembali ke Shopee Live mereka.  Rambang mata Dina. Tidak tahu yang mana satu Dina nak gunakan dahulu. 

Jom lah kita sama-sama membeli dari peniaga kecil! 

Terima kasih x

Pautan;

Ampaian vintej - https://shp.ee/p8kgjux
WAN'S.shop.FAMILY - https://shp.ee/jhhhdax
JEC clothing - https://shp.ee/3bp64hx
Cocoe Bundle - https://shp.ee/nz3dnjx
Almari.wizalea - https://shp.ee/65ni43x
Anteur.store - https://shp.ee/s2iiwrx

Post a Comment

Theme by STS