Social Media

Beli Atau Sewa Rumah?


Assalamualaikum dan hai semua,
Apabila umur meningkat, Dina nampak lebih ramai kawan-kawan Dina mula mendirikan rumahtangga. Menjadi persoalan buat diri Dina sendiri. Adakah Dina patut menyewa atau membeli rumah lebih baik selepas berkahwin? Dengan ekonomi dan gaji yang Dina ada, buat Dina semakin cemas. Tetapi selepas Dina meneliti, ada beberapa faktor yang boleh membantu Dina dalam membuat keputusan. Hari ini, Dina akan kongsikan bersama awak.

Jika kita lihat, harga pasaran untuk hartanah memang tinggi dan tidak termasuk kos-kos lain seperti penyelenggaraan. Dina ada juga terfikir untuk beli rumah mampu milik yang dibangunkan oleh kerajaan Selangor.  Seperti yang dinyatakan di dalam Berita Harian, projek rumah itu berharga RM250,000 bermula November yang lalu. Tapi, adakah ianya berbaloi untuk Dina beli dengan gaji yang Dina ada. Dina kalau bab kira-kira tentang hartanah tidak berapa pandai. Maka, Dina gunakan kalkulator gadai janji yang ada di internet. Mudah. 

Bagi pendapat Dina, beli rumah melibatkan banyak perbelanjaan berbanding menyewa. Dina juga baru ingin memulakan kehidupan dan lebih banyak duit yang diperlukan. Kalau Dina sewa rumah, Dina hanya perlu bayar RM1,500 sebulan dan tidak perlu fikir mengenai kos ubahsuai rumah. Bukan itu sahaja, Dina juga ada cuba kira-kira anggaran gadai janji berdasarkan kemampuan Dina. Membuatkan Dina lebih berat ke arah sewa rumah. Penting untuk kita kira gadai janji dahulu sebelum membuat keputusan. 

Sekurang-kurangnya, Dina akan jadi lebih fleksibiliti dan bebas untuk berpindah di akhir tempoh perjanjian. Risau juga kalau tidak suka sesuatu tempat selepas membelinya. Awal-awal ini, Dina rasa menyewa jauh lebih baik. Gaji Dina pun tidak terlau besar dan Dina masih belum berkemampuan untuk membeli rumah. Dina juga boleh mengelak daripada risiko kewangan. 

Lebih ramai orang diluar sana seperti Dina. Nak bayar bayaran pendahuluan sahaja belum tentu mampu. Bayaran pendahuluan kebiasaannya 10% daripada harga rumah. Jika buat pinjaman, mungkin hampir separuh daripadaa gaji hanya untuk membayar hutang. Masalah ini juga pernah disentuh oleh Utusan Malaysia

Awak semua pula bagaimana? Menyewa atau beli?

Terima kasih x


Post a Comment

Theme by STS