Social Media

Starbucks Raspberry Cream Ribbon Croissant


Assalamualaikum  dan hai semua,
Dina buka aplikasi Grab sebab teringin Java Chip dari Starbucks. Terjumpa Raspberry Cream Ribbon Croissant dan Dina tertarik untuk mencubanya. Dina memesan Java Chip bersaiz Venti dan menambah se-shot Espresso. Kemudian, Dina menambah Raspberry Cream Ribbon Croissant dalam pesanan. Buat siapa yang tidak tahu, Croissant ialah  roti yang terkenal di negara Perancis. Roti ini sangat rapuh dan lembut. 

Bagi Dina Croissant ini terlalu cantik untuk di makan. Warna merah jambu! Cantik! Dina juga dapat dalam keadaan sejuk. Pada mulanya, Dina ingat Croissant ini kosong dan agak kecewa kerana sejuk.  Rupannya, ada krim di dalam. Sebab itu, Starbucks beri pada Dina dalam keadaan sejuk. Itupun, Dina tahu selepas sumbat banyak dalam mulut. Maaf, Dina tiada gambar untuk bahagian krim. Rasa krim dia manis dan masam buah raspberi tersebut. 



Bagi Dina berbaloi dengan harga dan saiz Croissant yang diberi. Tapi roti Croissant Starbucks bukan yang paling sedap. Jika diberi pilihan Starbucks atau Croissant Giant, Dina lebih suka yang Giant. Tapi krim di dalam Croissant Starbucks ini memang layak dipuji walaupun manis. Sedap. Mungkin Dina akan beli lagi Starbucks Raspberry Cream Ribbon Croissant ini di masa akan datang!

Dina beli di GrabFood dan berharga RM 8.98 (tidak termasuk caj penghantaran).

 8.0 / 10

Terima kasih x



Post a Comment

Theme by STS