Social Media

KaijuCrunch pt. 2

Lot FK06, Giant Hypermarket Batu Cave Lot 10243, Jalan Batu Caves, Taman Samudra, 68100 Selayang, Selangor, Malaysia

Assalamualaikum dan hai semua,
Bila tengah sindrom pra-haid ini, pelbagai makanan yang Dina teringin. Salah satunya, KaijuCrunch! Dina membuat keputusan untuk beli tiga jenis supaya senang lepas ini kalau awak nak pergi beli. Awak sudah tahu nak cuba yang mana satu. Dina pernah tulis mengenai KaijuCrunch sebelum ini. Sebab itu Dina terpaksa buat bahagian 2. 

Kegemaran Dina ialah Ramyeon MozaSausage. Setiap kali pergi KaijuCrunch memang Dina akan beli Ramyeon MozaSausage. Dina suka rasa rangup Ramyeon yang disalut pada Korean Corndog tersebut. Walaupun makan lewat, masih rangup ya. Di dalamnya mempunyai keju dan juga sosej. Keju diletakkan di bahagian atas manakala sosej di bahagian bawah. Harga untuk sebatang ialah RM10.90. Sos boleh pilih ya. Dina memang suka makan dengan sos tomato dan mayonis sahaja.



Dina memang ada tabiat suka tambah gula pada Korean Corndog. Dina rasa tidak lengkap tanpa gula. Tapi kalau awak tidak suka, tidak perlu tambah. Dina memang sudah terbiasa makan begitu. Tapi awak kena tahu juga yang KaijuCrunch tidak sediakan gula. Dina memang bawa balik tambah sendiri di rumah. 

Bagi Dina KaijuCrunch ini berbaloi dengan harganya. Awak dapat keju yang banyak dan saiznya besar. Makan sebatang pun sebenarnya sudah cukup kenyang. Selain itu, Dina juga suka Signature Potato MozaSausage. Keistimewaannya, Korean Corndog ini disalut bersama kentang goreng. Rangup dan lembut! Kalau awak jenis suka french fries. Mungkin ini akan jadi kegemaran awak. 

Dina beli sebatang RM 10.90. Sama harga seperti Ramyeon MozaSausage. Untuk Signature Potato MozaSausage ini Dina kena lebihkan sedikit gula kerana tidak berapa masin. Rasanya agak tawar. Dina tidak berani nak tambah garam, maka Dina hanya lebihkan gula. Isi dalam sama seperti Ramyeon MozaSausage juga.

Secara jujurnya, Dina tidak pernah lagi cuba Mozacocoreo. Maka, apa yang Dina bakal tulis ini ialah Dina punya "first impression". Gigitan yang pertama Mozacocoreo ini membuatkan diri Dina terkesima dengan rasanya. Dina tidak pernah terfikir coklat akan serasi bersama keju. Awal-awal, Dina risau ada sosej. Tapi yang ini memang sepenuhnya keju. Coklat yang digunakan bukan coklat murah. Ada beza ya dari segi rasa. 

Sedap betul Mozacocoreo ini. Cuma cepat muak. Sebab keju bersama coklat. Kecur air liur Dina ketika menulis ini kerana teringat pada Mozacocoreo. Dina rasa berbaloi dengan harga yang Dina bayar. Ketika beli, Dina banyak keraguan dan Dina tidak letak sebarang harapan. Tapi Mozacocoreo memang melepasi jangkaan Dina. Sebatang berharga RM14.20.


Jumlah keseluruhan yang Dina bayar ialah RM38 (termasuk kos penghantaran). Dina beli di GrabFood. Sebab Dina malas nak keluar. GrabFood sangat mudah untuk orang yang macam Dina. Selamat mencuba!

Terima kasih x

2 comments

  1. Nampak sedapnya, Dina. lagi-lagi yang ada cheese tu, terangkat abis! :P

    ReplyDelete

Theme by STS