Dina memang tengah mencari primer baru yang sesuai dengan kulit Dina dan tahan lebih lama. Sebelum ini, Dina guna Maybelline Baby Skin Pore Eraser dan Dina ada ceritakan kenapa Dina tidak lagi menggemarinya di dalam entri tersebut. Dina membuat keputusan untuk mencuba primer dari jenama Etude ini. Dina memang baca pendapat orang lain dahulu mengenai produk ini sebelum membelinya dan rata-rata adalah positif.
Benda pertama yang Dina tidak suka ialah primer ini mencerahkan lagi kulit. Kalau nak guna, memang kena ambil foundation gelap sedikit dari kulit. Kalau tidak memang nampak pelik. Dina mempunyai masalah kulit kombinasi, tapi Dina pilih Smoothing dan bukan Matte kerana foundation Dina kebanyakannya Matte. Dina tidak mahu solekan Dina jadi mengelupas atau cakey. Primer ini ada bau bunga dan tidak terlalu mengganggu hidung Dina.
Adakah ianya membantu dalam menutup pori muka Dina? Ya. Bukan itu sahaja, primer ini juga membuat kulit Dina tampak lebih sihat. Primer ini mampu membantu solekan Dina bertahan 5 jam maksima. Dengan syarat, foundation awak kena bagus juga. Solekan Dina hanya mampu bertahan selama 30 min maksima kalau Dina guna primer ini bersama Maybelline 24HR Superstay Foundation ketika cuaca panas. Solekan Dina akan cair dalam keadaan yang sangat drastik.
Dina tidak rasa primer ini terlalu teruk, tapi Dina juga tidak rasa berbaloi dengan harganya. Dina boleh dapat primer yang jauh lebih baik dengan harga ini. Sebotol RM75.00 (tidak termasuk pos). Dina beli di Shopee.
Pautan;
Shopee - https://shp.ee/re9w74f
👄 3.8 / 5
Terima kasih x
wow menarik
ReplyDelete