Assalamualaikum dan hai semua,
Semalam, pergi ke Sunday Coffee & Cakes bersama adik Dina. Katanya, kopi di kafe ini sedap. Membuatkan Dina rasa teruja untuk rasa. Kafe ini kelihatan cantik dan minimalis. Sangat sesuai untuk orang yang suka ambil gambar seperti Dina. Pekerja di kafe itu pun sangat baik dan mesra. Terasa seronok sahaja makan di kafe ini.
Dina memesan Shroom Shroom dan Brew of the Day. Manakala, adik Dina memesan Creme Caramel. Dina tertarik tengok sourdough mereka. Nampak segar dan menyelerakan. Shroom Shroom ini ialah gabungan beberapa cendawan yang dimasak bersama minyak truffle dan di makan bersama sourdough dan keju mozarella. Creme Caramel pula ialah puding karamel yang dihidang bersama krim putar dan dihiasi dengan daun pudina.
Sudah lama Dina tidak makan makanan yang sesedap ini. Memang menepati citarasa Dina kerana mempunyai rasa yang seimbang. Creme Caramel tidak terlalu manis sehingga Dina perlu minum air kosong untuk hilangkan rasa melekit gula. Cuma tekstur puding yang Dina dapat tidak terlalu lembut. Tapi tidak menjadi masalah untuk Dina. Shroom Shroom pula membuatkan Dina mahu menjadi vegetarian. Dina boleh makan Shroom Shroom ini pada setiap hari. Minyak truffle dan cendawan memang gabungan yang sangat sempurna. Sourdough dia pun sedap! Kalau boleh beli, Dina sanggup beli roti mereka.
Dina pilih Brew of the Day untuk kopi. Dina pun tidak pasti kopi apa yang digunakan. Tapi abang yang buatkan kopi Dina memang ada tanya nak kopi itu kuat atau ringan sahaja. Dina pilih kuat sebab Dina penggemar kaffein. Kita boleh tengok ya cara dia buat kopi. Sebab kopi yang Dina minta tidak menggunakan mesin. Mereka menggunakan teknik menapis. Bahagian rasa pula, Dina suka rasa kopi yang kuat. Tapi terasa sedikit masam. Kopi yang masam bukan sebab sudah basi ya. Mungkin teknik dia ada yang sedikit lari sehingga menyebabkan rasa kopi itu masam. Tidak pasti, tapi Dina tiada masalah. Sebab rasa masam itu tidak mengganggu sangat.
Semalam adik Dina yang bayar dan jumlah untuk kesemua ini ialah RM44. Ya, Dina akan datang semula dan cuba benda lain lagi di masa akan datang.
★ 9.0 / 10
Terima kasih x
wah 9/10 dina bagi, memang sedap dan wajib singgah la ke situ..hehe
ReplyDeleteBetul tu. Nanti Tiara tulis lah ttg ni juga. Dina baca. hehe
Delete