Assalamualaikum dan hai semua,
Baru-baru ini, Dina pergi makan di Julio's Restaurant bersama teman lelaki Dina. Katanya teringin untuk mencuba makanan di Julio's Restaurant ini. Orang belanja. Kita ikutkan saja. Kebiasaannya, teman lelaki Dina memang sudah tahu nak makan apa kalau pergi ke sesebuah restoran. Untuk yang ini, dia memesan Four Seasons Pizza, Shawerma Chicken Sandwich dan Triple Chocolate Crepe. Servis restoran ini memang bagus! Dina suka!
Kami berdua suka Four Seasons Pizza! Sedap di makan panas-panas walaupun tiada ayam, ikan mahupun daging. Rotinya tebal seperti roti Pizza Hut. Dina suka bila restoran tidak kedekut untuk letak bahan. Piza ini memang padat dengan bahan seperti jagung, keju, buah zaitun, lada benggala, daun selasih, cendawan dan oregano. Kalau awak sejenis suka sos piza yang banyak, mungkin ini bukan untuk awak. Sebab sos piza yang diletakkan dalam kuantiti yang sedikit. Dina memang tiada masalah kerana Dina sendiri tidak berapa gemar sos piza. Satu papan bernilai RM17.
Untuk shawarma pula, Dina kurang suka kerana saiznya kecil dan kosong. Walaupun isi ayam dalam shawarma tersebut sedap, tapi tidak sesedap yang Dina pernah makan di tempat lain. Harganya juga agak mahal untuk satu dan tidak berbaloi dengan saiz yang kami dapat. Sepinggan RM8.
Seterusnya, kami makan Triple Chocolate Crepe sebagai pencuci mulut. Teman lelaki Dina paling suka yang ini. Dia yang habiskan. Saiznya kecil daripada dipndip. Tapi rasanya lebih kurang sama. Bagi Dina sedap tapi agak mahal untuk saiznya yang kecil. Sepinggan berharga RM18.
Dina tidak pasti jumlah yang dibayar sama ada termasuk cukai atau tidak kerana Dina tidak bayar. Tapi Dina ada letak harga berdasarkan menu untuk awak nampak anggaran harga sekiranya awak ingin mencuba. Kami pasti akan datang semula untuk piza!
★ 7.8 / 10
Terima kasih x
Post a Comment