Assalamualaikum dan hai semua,
Beberapa bulan lepas, Dina ada mencuba pelbagai produk pada rambut Dina. Penjagaan rambut sangat penting, terutamanya wanita bertudung. Rambut kita lebih mudah berminyak atau terlalu kering sekiranya tiada penjagaan rapi. Buat pengetahuan awak, Dina mempunyai rambut yang kusut dan kering. Tetapi berminyak pada kulit kepala. Kulit kepala berminyak boleh menjadi punca rambut gugur juga ya.
Kebiasaannya, Dina akan cuci kulit kepala sahaja menggunakan syampu kerana syampu mampu membuat rambut Dina menjadi lebih kusut dan kering. Mungkin kerana syampu berlebihan mampu menanggalkan minyak yang diperlukan oleh rambut. Apabila hanya syampu dibahagian kulit rambut sahaja, sisa syampu akan turun dan bahagian yang tidak disyampu akan dicuci secara tidak langsung ketika bilas. Kemudian, Dina akan menggunakan perapi di bahagian rambut tanpa kena pada kulit kepala. Cara keringkan rambut dan jenis sikat yang digunakan juga memainkan peranan. Dalam keadaan rambut yang masih lembab, Dina akan ambil satu kapsul Ellips ini dan guna dibahagian rambut tanpa kena kulit kepala.
Dina warnakan rambut, sebab itu Dina pilih Ellips Hair Vitamin Nutri Color. Rambut akan jadi wangi dan tidak lagi kusut mahupun kering. Sebelum ini, Dina suka yang Ellips Hair Vitamin Hair Treatment. Sangat sesuai untuk rambut yang tidak diwarna atau bleach. Tapi, awak tidak boleh pakai sekali dan terus berharap perubahan yang drastik. Dina tidak akan basuh rambut selama 3 hari kerana minyak secara semula jadi yang diberikan oleh Tuhan adalah yang terbaik. Tapi sekiranya awak jenis rambut memang cepat berminyak, awak boleh cuci rambut selang sehari. Jangan cuci rambut hari-hari ya.
Bau Ellips ini sangat kuat, mungkin buat siapa yang sensitif dengan bau. Ini bukan untuk awak. Macam Dina sejenis tidak suka syampu rambut kerana rambut Dina terlalu kering. Dina tidak perlu khuatir jika rambut Dina berbau. Ellips ini cukup kuat untuk hilangkan segala bau, termasuk bau perapi rambut. Harga untuk sebotol Ellips agak mahal bagi Dina, tapi berbaloi. Dina suka bila ianya datang dalam bentuk kapsul. Sangat bersih. Tiada pembiakan bakteria sehingga merosakkan produk dalam kadar yang cepat.
Boleh beli di Watson atau Guardian berdekatan. Tapi Dina beli di Shopee sebab lebih murah. Sebotol Dina beli RM28.50. Boleh klik gambar di atas atau pautan di bawah.
Pautan;
Ellips Hair Vitamin - https://shp.ee/xf42kz5
Terima kasih x
Post a Comment