Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina ingin berkongsi mengenai sirap gula yang Dina guna untuk bancuhan kopi. Jenama DaVinci Gourmet banyak digunakan oleh kafe kopi yang terkenal. Kebiasaan Dina tidak akan membeli sirap gula kerana Dina tidak nampak keperluannya. Selepas melihat pelbagai ulasan yang positif mengenai jenama DaVinci Gourmet ini, maka Dina membuat keputusan untuk mencubanya sendiri.
Dina tidak nafikan rasa sirap gula ini memang sedap apabila Dina beli minuman di kafe kopi yang terkenal. Tapi, Dina juga yakin bahawa rasa itu dipengaruhi oleh bahan lain yang digunakan untuk membuat secawan kopi tersebut. Maksudnya, bukan disebabkan sirap gula semata-mata. Sebab itu, Dina khuatir jika rasa sirap gula ini tidak akan sesedap seperti yang Dina pernah minum kerana kombinasi bahan yang digunakan berbeza dengan kafe. Membazir, bukan?
Tapi, Dina cuba beranikan diri juga untuk mencuba dan berkongsi pendapat Dina disini. Nasib baik, DaVinci Gourmet jual dalam bentuk tab. Dina tidak perlu beli botol. Satu tab untuk satu cawan. Tidak manis sekiranya tambah ais. Mungkin kita orang Malaysia, kena letak dua tab untuk satu cawan. Untuk Dina, satu tab sudah memadai kerana Dina lebih gemar rasa pahit kopi. Dina rasa satu tab bersamaan satu pam.
Dina beli dua perisa, kacang hazel dan karamel. Nasib baik, sedap. Seperti yang Dina katakan tadi, pilihan kopi dan susu memainkan peranan besar juga. Dina tidak sarankan minum bersama Nescafe kerana rasa Nescafe akan tenggelamkan rasa sirap gula tersebut. Dina kebiasaannya minum dengan Espresso dari Dolce Gusto dan susu oat tanpa gula. Selain itu, Dina juga akan minum Kopi O 434 bersama sirap gula tersebut sekiranya Dina bosan dengan Dolce Gusto.
Walaupun rasanya sedap, Dina mungkin tidak akan membelinya lagi jika tiada keperluan. Kalau teringin, baru Dina beli. Harganya agak mahal untuk beli bulanan dan ianya bukan keperluan buat masa kini. Tapi kalau awak nak cuba, awak boleh klik sahaja gambar di atas atau pautan di bawah. Satu tab bernilai RM0.90.
Pautan;
Shopee - https://shp.ee/j2d44qr
Terima kasih x
Post a Comment