Baru-baru ini Dina mengambil peluang untuk mencuba Ikea Roast Beef. Ini menu baru yang dikeluarkan pada 1 Disember dan akan berakhir pada 28 Februari 2022. Kalau nak makan makanan barat dengan harga yang berpatutan, Ikea adalah pilihan yang tepat. Setakat ini, Ikea memang tidak pernah mengecewakan Dina lagi.
Dina kurang suka makan daging sebab Dina masih mempunyai gigi susu dan tidak berapa kuat untuk mengunyah makanan yang liat. Masa mula-mula nak cuba memang Dina sedikit risau walaupun sepanjang Dina makan di Ikea tidak pernah dapat yang liat. Paranoid!
Jangan risau, ianya lembut. Setiap pembelian akan menerima sos lada hitam, kentang rosemary dan brokoli. Sos yang diberikan sebenarnya jauh lebih banyak daripada gambar dan sedap. Dina sengaja letak sedikit sahaja. Daging ini tidak mempunyai lemak. Kalau awak sejenis jaga badan, mungkin ini sesuai untuk awak. Sedikit kering kalau makan tanpa sos.
Daging yang Dina dapat dimasak sederhana. Bermakna daging masih ada kemerahan-merahan. Dina tahu ada beberapa orang yang tidak suka. Mungkin awak boleh masak semula dengan mentega. Bagi Dina, ianya dimasak dengan sempurna. Dina tidak pasti tentang harga kerana bukan Dina yang bayar. Tapi berdasarkan harga yang dipaparkan di laman sesawang Ikea, satu bernilai RM23.90.
★ 7 / 10
Terima kasih x
tak pernah lagi makan di IKEA... malas nak gi. Jauh
ReplyDeleteSesak pula tu. Dina pun sekarang makan Ikea guna pickup je
Delete