Social Media

Ubat Jerawat


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina nak kongsikan ubat jerawat yang Dina dan adik Dina pakai. Kami berdua guna ubat jerawat yang berbeza kerana ianya bergantung pada sensitiviti kulit muka kami. Untuk pengetahuan awak, kami jumpa doktor pakar kulit yang sama di hospital swasta. Tapi ubat ini boleh dapat di mana-mana farmasi berhampiran atau Shopee. 

Kulit muka Dina jauh lebih sensitif daripada adik Dina. Dina ada masalah ekzema dan kebanyakan jerawat di muka Dina berpunca daripadanya. Adik Dina pula mempunyai masalah jerawat batu. Tapi Dina nak awak tahu yang adik Dina memang ambil pil Accutane. Pil ini kena dapat melalui prekripsi doktor sahaja. Awak tidak boleh beli di mana-mana farmasi kerana kesan sampingannya yang amat kuat. Tergolong dalam pil terkawal. 


Selepas doktor berhentikan ubat pil Accutane, adik Dina kena rajin pakai ubat jerawat sahaja. Doktor mencadangkan Differin untuk gel ubat jerawat kepada adik Dina kerana kulitnya jadi lebih kering selepas makan pil Accutane. Jerawat adik Dina yang sekarang memang jenis halus sahaja. Doktor bagi Differin sebagai rawatan untuk sisa jerawat yang tinggal. Adik Dina akan pakai selepas pakai pelembab Ceradan. 

Untuk Dina pula, doktor berikan T3 Mycin dan Fucicort. Dina sejenis naik jerawat waktu nak datang bulan ataupun ekzema tengah aktif. Jerawat Dina tidak menentu. Adakala jerawat batu dan kebiasaannya jenis halus. Dina mempunyai kulit yang sangat-sangat sensitif. Maka, Dina tidak boleh pakai Differin. Doktor memang berikan ubat jerawat yang paling lembut untuk kulit supaya kulit muka Dina tidak bagi tindak balas. Dina tidak boleh pakai bahan yang terlalu kuat kerana kulit Dina begitu sensitif. Dina perlu guna T3 Mycin untuk jerawat halus dan Fucicort untuk jerawat batu. Kedua-duanya ialah antibiotik ya. Cuma jenis antibiotik yang berbeza. Fucicort agak kuat jika hendak dibandingkan dengan T3 Mycin dan sesuai untuk jerawat batu. Dina kalau nampak jerawat batu mula kecut, Dina terus tukar kepada T3 Mycin untuk hilangkan. Jarang sekali Dina guna Fucicort. Sebab Dina jarang ada jerawat batu. Kalau tiada jerawat, Dina memang akan berhenti guna. Hari biasa tanpa jerawat, Dina hanya guna Ceradan sahaja.




Dina ada tabiat suka picit jerawat. Bila picit, kulit Dina akan ada kesan hitam. Doktor suruh sapu sahaja krim T3 Mycin, kesan hitam tersebut akan hilang. Ya. Memang betul hilang. Dina pun akan pakai ubat jerawat selepas menggunakan Ceradan. Dina ada tinggalkan pautan kalau awak berminat nak beli dan cuba. Kalau awak memang jenis beli antibiotik yang kuat terus sebelum ini di farmasi. Dina tidak rasa ubat jerawat yang Dina guna akan berkesan pada kulit awak. Dina sebelum ini, tidak pernah guna antibiotik pada kulit muka. Maka, dua ini memang sangat berkesan untuk Dina. 

Kalau awak jenis memang suka pakai antibiotik pada muka, jangan lupa kaji dahulu ya. Pastikan tidak terlalu kuat dan jangan selalu guna. Takut kulit mula lali. Doktor selalu kata, susah bila tahap kulit kita mula lali dengan antibiotik paling tinggi. Jika suatu hari nanti kita memerlukan rawatan antibiotik, tapi kulit sudah lali. Tiada lagi rawatan untuk kita. Dina sejenis memang tidak akan dengar farmasi punya cadangan. Sebab mereka memang suka cadangkan yang sederhana atau kuat terus. 

Dina harap Dina dapat membantu sedikit sebanyak masalah kulit yang awak hadapi. Segala apa yang Dina kongsikan disini adalah melalui pengalaman sendiri. Sudah semestinya lebih baik awak berjumpa doktor pakar kulit kerana mereka lebih mengetahui keadaan dan jenis kulit awak. Dina sebelum ini memang guna Mario Badescu Drying Cream. Tapi kebanyakan doktor pakar kulit tidak syorkan kerana mampu merosakkan kulit. Dina tidak pernah cerita dekat doktor kulit Dina. Mesti kena marah. Maaf doktor.

Pautan:



Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS