Assalamualaikum dan hai semua,
Anggaran 27,000 rakyat Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat tabiat merokok yang sukar diberhentikan walaupun pelbagai kaedah telah dilakukan kerajaan bagi memupuk kesedaran dikalangan masyarakat. Perokok tegar kebiasaan merokok selepas makan ataupun ketika bekerja kerana mereka mempercayai rokok mampu membantu dalam menangani tekanan. Tidak dinafikan ketagihan sukar dibuang dan memerlukan kekuatan untuk berhenti walaupun sudah terang lagi bersuluh akibatnya.
Anggaran 27,000 rakyat Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat tabiat merokok yang sukar diberhentikan walaupun pelbagai kaedah telah dilakukan kerajaan bagi memupuk kesedaran dikalangan masyarakat. Perokok tegar kebiasaan merokok selepas makan ataupun ketika bekerja kerana mereka mempercayai rokok mampu membantu dalam menangani tekanan. Tidak dinafikan ketagihan sukar dibuang dan memerlukan kekuatan untuk berhenti walaupun sudah terang lagi bersuluh akibatnya.
Pengurangan kemudaratan adalah satu pendekatan yang tertumpu khusus kepada risiko dan menyediakan pilihan lain yang mampu mencegah tabiat buruk. Antara inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) demi membantu masyarakat dalam mengurangkan tabiat merokok adalah menerusi kaedah Pengurangan Kemudaratan Tembakau (Tobacco Harm Reduction). Strategi kesihatan awam yang dilakukan ini untuk mengurangkan tahap kemudaratan dari penggunaan tembakau di kalangan perokok. Ini kerana, penghapusan nikotin masih belum mampu dicapai.
Kenapa tembakau? Walaupun tembakau antara bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang, tetapi tembakau mampu mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya. Orang disekeliling perokok juga boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung dan lebih berbahaya kerana terhidu asap rokok yang mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun. Merokok berbahaya sering dikaitkan dengan tembakau yang mempunyai hubungkait rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan jantung. Selain daripada rokok biasa, rokok daun juga cukup popular dalam menggunakan tembakau sebagai bahan kimia utama.
Kaedah Pengurangan Kemudaratan Tembakau ini juga banyak diguna pakai di negara luar seperti di United Kingdom (UK), Norway, Sweden, Jepun dan Korea Selatan yang menjadikan rokok eloktronik sebagai alternatif. Rokok elektronik kini dijadikan alat untuk menghentikan tabiat merokok tetapi masih memerlukan kawalan dan pemantauan. Pendekatan pengurangan kemudaratan perlu dibuat berasaskan bukti dan penjimatan kos untuk memastikan perkara tersebut mampu dilaksanakan, berkesan, praktikal serta menjimatkan kos. Pelbagai kajian yang telah dibuat di seluruh dunia dan tidak dapat disangkal lagi keberkesanan rokok elektronik dalam mengurangkan kemudaratan berbanding rokok biasa. Kos dari segi merawat penyakit yang diakibatkan oleh rokok turut mampu dikurangkan melalui kaedah ini. Walaupun rokok elektronik itu dikatakan mampu mengurangkan kemudaratan tidak bermakna tidak lagi risiko. Akan tetapi jauh lebih baik dari rokok yang mempunyai tembakau kerana kesan buruk bukan sahaja dapat dikurangkan untuk diri sendiri malah orang sekeliling.
Rokok elektronik bernikotin tetapi tidak mengandungi bahan seperti tar berbahaya juga ada dan mampu menjadi alternatif dalam menangani ketagihan rokok biasa. Inisiatif tidak hanya terhad kepada rokok elektronik, malah kita juga ada pemanas tembakau dan produk mulut tembakau moden. Kesemua alternatif tersebut tidak membakar tembakau dan tidak juga menghasilkan carbon monoxide. Sebuah kajian telah membuktikan bahawa rokok elektronik ialah antara cara terbaik untuk membantu 50,000 perokok berhenti dalam masa setahun.
Ada juga kajian mengatakan kebanyakan pengguna rokok elektronik di Malaysia mempunyai sejarah menghisap rokok kerana menyimpan hasrat untuk berhenti merokok dan menghindarkan diri dari kemudaratan. Kini terdapat 1.12 juta penghisap rokok elektronik di Malaysia berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM). Badan kesihatan awam utama UK juga mengesahkan rokok elektronik nikotin adalah 95% kurang mudharat jika dibandingkan dengan penggunaan rokok biasa dan mampu menjadi kaedah bantuan berhenti merokok.
Dengan segala fakta yang diberikan, Dina dapat merumuskan bahawa kaedah Pengurangan Kemudaratan Tembakau ini sangat bagus kerana ramai yang mengetahui akan keburukan rokok biasa dan mahu berhenti tetapi mempunyai masalah dalam ketagihan. Dina juga yakin dengan rokok elektronik sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam proses berhenti merokok dalam pada masa yang sama membantu dalam mengurangkan kemudaratan dari tembakau.
Kaedah Pengurangan Kemudaratan Tembakau ini disambut baik oleh Harm Awareness Association (HAA) dan secara tidak langsung Dina juga dapat belajar perkara baru dari laman sesawang HAA. Dina cukup tertarik untuk memainkan peranan dengan memberikan pendedahan mengenai perkara ini kepada pembaca blog.
#TobaccoHarmReduction
Terima kasih x
Post a Comment