Dina suka dengar lagu sambil pakai fon telinga. Sejujurnya, Dina memang peminat Earpods. Bagi Dina Earpods cukup murah untuk dapatkan bunyi yang hampir sama dengan fon telinga berkualiti tinggi. Beza ya bunyi pada setiap fon telinga. Tapi Earpod ini berwayar. Maka, Dina mula mencari fon telinga tidak berwayar (wireless). Mudah sedikit bawa bila nak pergi hospital.
Kalau awak nak tahu Dina memang cerewet dengan banyak benda dan fon telinga salah satunya. Dina lebih suka fon telinga yang berbentuk seperti Earpod. Lebih selesa untuk telinga Dina. Agak sukar untuk mencari fon telinga tidak berwayar dan berbentuk seperti Earpod. Dina tidak mahu beli Airpods (Generasi kedua). Sebab Airpods tidak sesuai dengan produk selain dari Apple.
Selepas menonton Penthouse, Dina mula tergerak hati untuk melihat Samsung Galaxy Buds. Kita tidak boleh nafikan cara Samsung promosikan produk mereka di dalam Kdrama adalah langkah yang bijak. Dina tertarik dengan Samsung Galaxy Buds Live kerana bentuknya yang unik dan bukan jenis yang sumbat dalam lubang telinga. Dina sebelum beli memang ada tabiat untuk baca komen mengenai sesuatu produk terlebih dahulu. Hendak pastikan barang itu bersesuaian dengan keperluan Dina. Selepas meneliti di laman sesawang Samsung sendiri. Dina membuat keputusan untuk membelinya di Shopee.
Cantik bukan? Dina pilih warna putih sebab kena dengan tema meja belajar Dina. Kualiti bunyi pada Samsung Galaxy Buds Live ini lebih kurang sama seperti Earpods Dina. Kalau awak pakai dan bunyi yang keluar perlahan. Ketahuilah awak pakai dengan cara yang salah. Selesa untuk Dina. Tapi mungkin tidak pada awak. Jangan risau. Samsung Galaxy Buds datang dalam pelbagai bentuk. Kalau awak peminat fon telinga yang sumbat dalam telinga, awak boleh cuba Samsung Galaxy Buds generasi yang lain. Setakat ini Dina puas hati dengan pembelian Dina walaupun kadang-kadang bunyi terputus-putus sebab sambungan bluetooth. Kalau awak berminat, seperti biasa. Boleh tekan sahaja gambar atau pautan di bawah.
Pautan:
Samsung Galaxy Buds Pro & Laneige - https://shp.ee/2h7kha7
Samsung Galaxy Buds - https://shp.ee/xbrf53x
Samsung Galaxy Buds Live - https://shp.ee/auih9vx
Terima kasih x
Post a Comment