Social Media

Hazelnut Charcoal Latte

Jalan Duta Kiara, No. 1, Jalan Solaris 3, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


Assalamualaikum dan hai semua,
Semalam Dina ada tengok menu baru The Coffee Bean & Tea Leaf  iaitu kopi arang. Tertarik sungguh dengan menu tersebut dan Dina membuat keputusan untuk mencubanya. Dina pilih Iced Hazelnut Charcoal Latte. Seperti biasa, Dina minta tambahan satu shot Espresso. Di dalam kopi tersebut sudah mempunyai dua shot Espresso. Kiranya, Dina punya kopi ada tiga shot Espresso. 

Rasa kopi arang ini agak pahit jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan kopi lain yang Dina pernah beli. Kalau awak memang penggemar rasa pahit apabila minum kopi. Ini pilihan yang terbaik. Jangan risau, sepanjang Dina minum tiada kesan hitam di lidah mahupun bibir dan gigi tidak jadi putih. Bagi Dina rasa Hazelnut Charcoal Latte ini sedap. Kacang hazel memang terasa tetapi tidak terlalu kuat sehingga hilangkan rasa kopi. Kopi ini juga ada sedikit rasa berpasir apabila minum. Tapi tidak terlalu mengganggu. 

Untuk satu minuman ini, Dina hanya bayar sebanyak RM18 dan Dina dapat percuma shot Espresso. Dina beli di kedai fizikal. Maka, tiada caj penghantaran dikenakan. 

Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS