Social Media

Isi Masa Lapang


Assalamualaikum dan hai semua, 
Belajar di rumah memang selesa. Tapi tekanan belajar dirumah dan di asrama sangat berbeza. Main permainan video adalah salah satu cara untuk Dina atasi stres dan mengisi masa lapang. Dina baru temui satu lagi laman sesawang yang mempunyai permainan video percuma. Di sini tidak mempunyai banyak pilihan permainan video seperti yang sebelum ini. Dina sangat menggemari main permainan video Solitaire suatu ketika dahulu. Sungguh menggamit memori. 

Permainan video yang pertama Dina cuba ialah Hidden Kitchen. Bagi Dina permainan video ini agak sukar kerana barang yang tersembunyi kebanyakannya bersaiz kecil. Kena betul teliti kalau ingin ke peringkat seterusnya. Sesuai di main oleh kanak-kanak berusia 4+. Dina banyak kali terkeliru dengan bentuk yang lebih kurang sama. Dina ada satu tahap di mana Dina akan tekan secara rawak dan banyak masa Dina dipotong. Ya benar, permainan video ini perlu diselesaikan dalam masa yang diberi. 


Sudah semestinya, Dina cuba main permainan Solitaire. Ada dua jenis yang Dina cuba iaitu Spite and Malice Extreme dan Solitaire. Memang ketagih main. Sebab agak sukar bagi Dina. Mungkin kerana Dina jarang main. Permainan video ini sangat sesuai untuk orang yang lebih berusia. 


Berita baik, kita boleh main menerusi telefon bimbit juga. Malah, segala data permainan kita akan disimpan. Maknanya, kalau awak tertutup pun awak masih boleh teruskan di peringkat yang sama. Bukan itu sahaja, apa yang Dina rasa unik ialah permainan video ini boleh disimpan sebagai aplikasi. Lepas ni, kalau bosan memang Dina akan main ini saja. Senang. 

Kegemaran Dina pastilah Solitaire. Sebab Dina terimbau zaman kanak-kanak dahulu. Dina terkial-kial fikir cara untuk menang dalam permainan video ini. Terlalu lama Dina tidak main. Kali terakhir Dina main ketika Dina berusia 12 tahun. Sejujurnya, Dina main ikut suka sahaja tanpa mengetahui cara yang betul. Orang kata,"ikut lah kata hati." Bukan?


Ingat lagi tak, Dina pernah cakap tentang Zuma? Dalam laman sesawang ini pun ada! Teruja! Cuma lebih sukar kerana banyak halangan. Geram betul bila terkena besi. Bola Dina terpelanting. Buat Dina lagi rasa geram. Kalau awak peminat Zuma, mungkin awak patut cuba juga!

Permainan video yang terakhir Dina cuba ialah Cookie Monster. Kalau awak pernah dan suka main Pac-Man. Maka, ini adalah permainan video yang paling sesuai untuk awak. Sepanjang main, Dina memang rasa gementar sebab risau termakan hantu dalam itu. Kalau siapa pernah main Pac-Man mesti tahu. 



Ini sahaja yang Dina cuba. Ada banyak lagi permainan video. Cuma Dina masih belum berkesempatan untuk mencubanya. Kalau awak, awak suka main permainan video yang bagaimana? Kalau awak berminat untuk mencuba permainan video di atas, awak boleh tekan sahaja gambar.

Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS