Assalamualikum dan hai semua,
Dina sudah mula kembali sibuk sejak kebelakangan ini. Banyak topik yang Dina ingin kongsikan di sini, tapi belum sempat. Insyaallah, Dina akan cuba juga kongsikan kalau ada kelapangan. Berbalik ke topik asal kita, hari ini Dina nak kongsikan pendapat Dina mengenai dr.CAFE. Dina sebenarnya sudah lama nampak kafe ini. Belum pernah cuba dan ini julung kalinya.
Kalau tengok pada menu, pelbagai kopi dan makanan yang disediakan. Dina perhati sahaja eclairs dan macarons mereka. Sayangnya, tidak dijual di dalam GrabFood. Dina berakhir dengan beli Turkey and Cheese sandwich dan juga Spanish Latte. Untuk Turkey and Cheese Sandwich, mereka gunakan roti panini seperti yang dinyatakan. Saiz roti tersebut agak kecil dan tiada apa yang menarik. Di dalam hanya sekeping keju cheddar, turkey dan mayonis. Nasib baik, Dina beli untuk sarapan pagi. Makan sekadar untuk lapik perut sahaja.
Keistimewaan Spanish Latte adalah espresso yang dicampurkan bersama susu biasa dan susu pekat. Nak minum pun ada teknik. Lebih sedap jika terus minum dibahagian tengah tanpa perlu menggaulnya terlebih dahulu. Dina tersilap ketika minum kopi ini. Susu pekat menguasai rasa kopi Dina selepas Dina kocak cawan kopi tersebut. Dina ada tambah espresso shot dan sirap hazelnut.
Dua ini bernilai RM 26.40. Benar. Agak mahal hanya untuk dua ini sahaja. Tapi tidak salahkan untuk mencuba? Lepas ini, Dina nak cuba pencuci mulut dari dr.CAFE pula.
Sandwich:
★ 5 / 10
Kopi:
★ 5.8 / 10
Terima kasih x
mahal juga tapi sekali sekala belanja untuk kepuasan diri sendiri tak salah pun. nampak sedap juga sandwich tu, ingatkan burger tadi..hhaha
ReplyDeleteNampak macam burger kan. hahahha
Delete