Social Media

Shinsen'na Takoyaki

Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Assalamualaikum dan hai semua,
Semalam Dina ada masukkan gambar takoyaki di Instagram. Ramai pula tanya sebab nampak sedap. Maka, Dina ingin kongsikan pendapat Dina selepas merasa takoyaki ini. Untuk pengetahuan awak, Dina beli Original Takoyaki (25 biji) dan Dina pilih sotong untuk isi dalam. Ketika takoyaki Dina sampai, Dina agak terkejut kerana masih panas. Kampung Nakhoda dengan jarak rumah Dina agak jauh. Abang Grab bawa laju mungkin. 

Cara Shinsen'na Takoyaki ini letak sos, mayonis dan kepingan ikan sudah cukup untuk membangkitkan selera makan. Sotong yang diletakkan juga besar-besar ya. Tidak kedekut. Dina memang pantang kalau takoyaki yang isinya sedikit. Rasa dia sedap. Tapi, Dina lebih suka kalau ianya garing sedikit. Mungkin kalau ada sayur lagi sempurna. Shinsen'na Takoyaki ini memang langsung tidak kedekut. Dina memang suka penjual makanan yang tidak kedekut. Buat rasa Dina nak beli lagi. Tepung dia pun tidak begitu tebal sehingga mampu buat Dina muak. 

Selepas ini, Dina nak cuba Cheese dan Spicy Takoyaki dari Shinsen'na Takoyaki pula. Nampak sangat menarik. Dina beli dalam Grab Food dan jumlah yang Dina bayar sebanyak RM 35 (termasuk kos penghantaran). Dina sangat mengesyorkan awak untuk mencubanya! Dina tidak pasti sekiranya mereka boleh hantar sendiri kepada awak ke tidak. Dina akan kongsikan nombor telefon yang Dina jumpa.

 8.9 / 10

Telefon 011 1751 5514
Facebook -  https://www.facebook.com/Shinsenna-Takoyaki-101376818565771/

Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS