Social Media

Shinsen'na Takoyaki pt. 2


Assalamualaikum dan hai semua,
Ini entri yang kedua mengenai Shinsen'na Takoyaki kerana dalam bahagian pertama, Dina ada sebut Dina nak cuba menu takoyaki keju dan pedas mereka. Kali ini Dina beli 12 biji setiap jenis. Maknanya, 12 biji untuk takoyaki keju dan 12 biji untuk takoyaki pedas. Dina minta sotong lagi sekali, sayangnya sudah habis. Maka, Dina ambil sahaja yang campur. 

Apa yang Dina perasan, campur punya banyak udang jika hendak dibandingkan dengan isi yang lain. Kalau awak bukan peminat udang, mungkin campur bukan pilihan yang baik untuk awak. Kalau Dina, isi yang menjadi pilihan hati Dina mestilah sotong. Isi ketam dia langsung tidak rasa. Dina rasa macam makan takoyaki kosong. Keliru saya. Udang pun kurang sedap.


Antara keju atau pedas, Dina dan Syasya lebih suka yang keju. Tapi adik Dina suka yang pedas. Kenapa Dina pilih keju? Sebab rasa takoyaki itu jadi lebih unik. Ada manis, lemak dan masin. Dina rasa sangat serasi. Takoyaki pedas sebenarnya tiada beza pun dengan yang asli. Beza pada cili serpih sahaja. Tapi jika hendak dibandingkan, Dina lebih suka yang asli. 

Kali ini, Syasya yang belikan guna Grab Food. Niat dia nak belanja, tapi Dina pilih untuk bayar satu dan Syasya bayar lagi satu. Dina bayar RM 16 untuk takoyaki pedas, manakala Syasya membayar RM 17 untuk takoyaki keju. Tidak termasuk kos penghantaran. 

Keju:
 7.5 / 10


Pedas:
 6.2 / 10

Isi Campur: 
 4 / 10

Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS