Social Media

Papan Kekunci Comel


Assalamualaikum dan hai semua,
Mengambil masa beberapa hari untuk Dina mencari papan kekunci yang kena pada citarasa Dina. Dina menitikberatkan bentuk huruf pada papan kekunci tersebut dan juga jenis butang. Dina agak tertarik dengan Logitech K380. Bentuk butang pada papan kekunci tersebut sungguh memikat hati Dina. Sayangnya, mereka kehabisan stok warna putih. 

Dina cuba cari yang lain tapi lebih kurang sama. Alhamdulillah, rezeki Dina mungkin. Dina terjumpa satu papan kekunci yang lebih kurang sama, harganya lebih murah dan datang dengan jaminan selama sebulan. Terus Dina beli. Dina beli di Shopee dengan harga  RM 52.50. Butang memang sangat selesa bila tekan. Dina guna untuk buat kerja programming


Papan kekunci ini datang dengan 2.4G usb. Dina memang tidak mahu papan kekunci yang menggunakan bluetooth kalau boleh sebab Dina akan rasa meluat kalau sambungan asyik terputus. Bayangkan tengah khusyuk buat kerja tiba-tiba papan kekunci tak sambung pun. Terus hilang rasa nak buat kerja. 


Dina rasa papan kekunci ini terlalu comel untuk tidak dikongsikan di sini. Kalau awak nak beli juga, boleh tekan sahaja mana-mana gambar atau link di bawah.


Terima kasih x 

 

1 comment

Theme by STS