Social Media

McDonald's Corn Pie


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina teringin nak cuba McDonald's Corn Pie dan juga Yuzu Cream Cheese. Malangnya, Dina dapat kedua-dua McDonald's Corn Pie. Sedih. Ini bukan pertama kali Dina makan McDonald's Corn Pie. Tapi nak beli juga sebab kurang pasti rasa dia. Seingat Dina, rasa dia tidak begitu teruk sehingga Dina tidak lagi mahu memakannya. Tidak juga sedap sehingga Dina ingin membelinya selalu. 

Pai dari McDonald's sedap jika dimakan dalam keadaan panas. Tidak dinafikan. Reaksi pertama Dina ketika makan ialah meh. Boleh makan, tapi tiada yang membuat Dina teruja untuk setiap gigitan. Krim didalam pai itu terasa seperti air tin jagung yang digabungkan dengan sedikit kastard. Tidak begitu manis. Mungkin sebab rasa manis pada jagung itu telah menguasai pai tersebut. Kuantiti jagung dalam pai itu memang banyak. Setiap gigitan pasti akan terasa jagung. Kalau awak bukan peminat jagung, ini bukan untuk awak. 


Adakah Dina akan membelinya lagi selepas ini? Mungkin kalau tiada apa yang menarik. Sebab rasa dia tidak cukup sedap sehingga Dina akan beli setiap minggu. Satu pai berharga RM4.25 (tidak termasuk kos penghantaran).

 4.0 / 10

Terima kasih x


Post a Comment

Theme by STS