Social Media

KFC Burger Banjir & Kulit Ayam


Assalamualaikum dan hai semua,
Baru-baru ini, Dina ada mencuba menu terbaru dari KFC. Teruja pula ingin mencubanya setelah melihat banyak review dan iklan. Dina beli dua jenis set iaitu Kombo Aneka dan juga Kombo B kulit ayam. Perkara paling pelik ialah Kombo B kulit ayam tiada dalam menu. Dina perlu menebus kod "SnekTime" terlebih dahulu pada pukul 2 petang, kemudian baru Dina dapat pilihan untuk beli kombo B. Jangan tanya Dina kenapa, sebab Dina tidak pasti jawapannya. 

Set Kombo Aneka mempunyai 2 Burger Banjir, 6 ketul nuget ayam dan cheezy wedges. Manakala, set Kombo B mempunyai kulit ayam, loaded potato bowl dan pepsi. Dina memang letak harapan yang menggunung ya anak-anak. Itulah orang tua-tua dulu pesan jangan teruja sangat nanti melalak. Sejujurnya, Dina agak kecewa dengan rasa Burger Banjir. Rupa semua memang nampak sangat menyelerakan. Cuma Dina tidak suka rasa sos barbeku salai tersebut. Sos barbeku sangat dikenali dengan rasanya yang manis dan masam. Awak bayangkan rasa itu dalam keadaan yang banjir. Ya. Muak. Sayur pun sikit sangat.



Dina hanya mampu makan dalam tiga gigitan sahaja. Tekak Dina tidak dapat menerima rasa tersebut. Rasa manis dan masam terlalu kuat. Digabungkan pula bersama mayonis yang manis juga. Saya tidak mampu. Sekiranya, awak memang penggemar sos barbeku dan mampu makan dalam kuantiti yang banyak, maka, ini adalah pilihan yang terbaik. Untuk kulit ayam pula, Dina agak terkejut kerana kulit tersebut masih rangup walaupun sudah sejuk. Rasa pula sedikit masin, mungkin sebab KFC menggunakan tepung ayam asli. Tiada apa yang menarik sangat.


Adakah Dina akan membelinya lagi di masa akan datang? Mungkin kulit ayam sahaja. Itu pun kalau rajin nak tunggu pukul 2. Sistem yang agak merumitkan. Tidak begitu rajin. Dina beli melalui aplikasi KFC delivery. Jumlah yang dibayar sebanyak RM45 termasuk caj penghantaran. 

Kombo Aneka:
 2 / 10

Kombo B:
 5 / 10

Terima kasih x

1 comment

  1. Terlalu nak cari customer..they come with recipe yg syok sendiri. Hmmm

    ReplyDelete

Theme by STS