Social Media

Growth As An Blogger Over The Last Few Years


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina rasa terinspirasi untuk membuat entri mengenai perkembangan Dina dalam menulis blog selepas membaca kisah Valentino Chirico. Tanpa sedar, sudah hampir 11 tahun Dina dalam bidang ini. Terasa pantas waktu berlalu. Dina mula menulis sejak berusia 13 tahun. Dina mempunyai komputer riba sejak berusia 12 tahun. Dina tertarik untuk menulis blog kerana melihat mama sangat aktif dalam blog pada ketika itu. Di atas sebab peribadi, Dina mula aktif pada 2011 dan blog Dina dikenali sebagai irdinalovefredfigglehorn. Dina pilih tajuk blog Dina "Sequence of Laughter " ketika itu kerana Dina sering kongsi kisah hidup Dina. Siapa yang memang ikut blog Dina sejak dulu, pasti akan tahu betapa banyaknya entri Dina mengenai keluarga dan rakan. 

Sebelum Dina padam kesemua entri lama Dina. Dina sempat simpan beberapa gambar dan header blog lama Dina sebagai kenangan. Dina begitu suka dengan html pada zaman itu sehinggakan Dina buat templat blog Dina sendiri. Dulu blogger bagi kita pilihan sama ada hendak menggunakan templat baru yang sedia ada ataupun blogskin. Tiba-tiba teringat zaman Dina buat blogskin sendiri dan teruja apabila ada yang guna. Buat siapa yang tidak tahu, blogskin ini ialah templat 100% menggunakan html. Maknanya, awak nak tukar apa-apa dalam blog kena menggunakan html. Sejak daripada itu juga, Dina mula sedar yang Dina minat dalam pengekodan. 

Pada tahun 2013, Dina mula rasa kebersendirian itu penting dan Dina mula padam semua entri Dina untuk dijadikan blog Dina sebagai blog tutorial. Dina banyak membuat entri bagaimana untuk menggunakan html dalam blog. Dina juga ada buat servis reka templat blog secara percuma. 

Blog Dina mula dapat iklan daripada Nuffnang dan Says. Dina jadi sangat teruja dan Dina mula buat lebih banyak tutorial. Dulu kita ada butang boleh lihat berapa ramai yang sedang tengok blog kita secara langsung. Blog Dina memang tidak pernah kurang daripada 10 orang dalam masa seminit. 


Kemudian, Dina beralih kepada 199xkids dan Dina mula jarang menulis kerana sibuk dengan kehidupan di universiti. Blog Dina merundum dan kehilangan ramai pembaca. Nuffnang dan Says juga ditarik. Dina sampai tahap nak putus asa dan tidak lagi mahu menulis. Dina masih ingat, seorang rakan baik Dina ada tegur Dina kenapa Dina berhenti menulis sedangkan blog Dina sentiasa menarik untuk dibaca. Beliau mencadangkan Dina untuk menulis mengenai produk yang Dina guna atau makanan yang digemari. Dina mula memadam segala entri tutorial kerana blogskin tidak lagi relevan pada masa kini. Dina mula menulis seperti yang dicadangkan.

Pada tahun 2019, Dina beralih kepada ohhdina. Idea nama Oh, Dina ini juga datang daripada rakan Dina. Mungkin sebab beliau sering sebut,"oh, dina I ada benda nak bagitahu you sebelum I lupa." Menariknya nama "Oh, Dina" ini ialah setiap intonasi memainkan peranan yang sangat penting. Bergantung kepada cara awak menyebutnya. Seperti yang dapat awak lihat sekarang, Dina memang fokus menulis untuk berkongsi dan tidak menganggapnya sebagai satu kerja. 

Pada 2020, Dina mula membeli domain dan templat blog supaya nampak lebih profesional. Seperti yang awak dapat lihat, Dina mula aktif kembali dalam menulis. Dina juga banyak menggunakan tips dari Forbes dalam menulis blog. 

Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS