Social Media

Ceradan Hydra Moisturiser


Assalamualaikum dan hai semua,
Sekian lama tidak menulis mengenai penjagaan kulit muka. Maaf. Dengar penjelasan Dina dahulu. Tahun lepas, Dina mempunyai masalah kulit sehingga Dina terpaksa dapatkan nasihat pakar. Doktor sahkan Dina ada dermatitis. Beliau kata mungkin ada bahan yang aktifkan alahan Dina dan Dina tidak boleh lagi menggunakan produk penjagaan kulit sebarangan. Ceradan Hydra Moisturiser adalah salah satu produk yang doktor pakar cadangkan untuk kulit Dina. Doktor Dina cakap bahan yang penting untuk kulit ialah Ceramide. Doktor Dina bukan doktor pakar kecantikan ya. Beliau pakar kulit di sebuah hospital terkemuka di Malaysia. Bagi doktor Dina, bahan lain tidak penting sekiranya kulit kita tiada penghalang (barrier). 

Maka, Dina cuba cari kenapa ya penghalang pada kulit ini terlalu penting. Rupanya, penghalang pada kulit ini sangat penting kerana ianya membantu kekalkan kelembapan dan mencegah dari kerengsaan kulit (skin irritation). Doktor Dina ada kata dua atau tiga langkah penjagaan kulit sahaja lebih baik. Tidak perlu sehingga 10 langkah. Fokus pada pencuci muka dan krim sahaja. Sunscreen jika kita terdedah dengan matahari dalam jangka masa yang lama. Mesti awak macam,"betul ke doktor Dina ini. Pelik betul kata seperti itu tentang sunscreen." Dina ada kemusykilan yang sama. Sebab kebiasaannya kita dengar tentang betapa pentingnya untuk pakai sunscreen setiap hari. 

Selepas Dina baca di Healthline, Dina lebih memahami apa yang doktor Dina cuba sampaikan. Kulit kita boleh terdedah pada cahaya matahari selama 10 sehingga 30 minit tanpa sunscreen bergantung pada sensitiviti kulit masing-masing. Seperti yang kita tahu, matahari adalah sumber yang terbaik untuk Vitamin D. Kulit kita juga memerlukan Vitamin D selain daripada rambut. Ada beberapa kajian yang telah dibuat dan terbukti bahawa sunscreen yang mempunyai spf 30 dan keatas mampu mengurangkan penghasilan Vitamin D di dalam badan sehinggakan 95% sehingga 98%. Kecuali, kalau kita duduk di bawah cahaya matahari dalam jangka masa yang lama. Maka, kita boleh dapat vitamin D secukupnya walaupun kita menggunakan sunscreen

Kita berbalik kepada Ceradan Hydra Cream tadi. Pada mulanya, doktor berikan Dina Ceradan Skin Barrier Repair Cream. Akan tetapi, kulit Dina terasa berminyak selepas memakainya untuk beberapa jam. Selepas mengadu pada doktor, beliau tukar kepada Ceradan Hydra Moisturiser.  Walaupun pada kotak ada tulis untuk kulit kering, tapi awak jangan risau. Sangat sesuai untuk kulit yang berminyak seperti Dina. Dalam pelembap ini bukan sahaja ada Ceramide, malah mempunyai Sodium Hyaluronate.  Pelembap ini dalam bentuk krim. 


Ini sudah tiub yang ketiga untuk Dina. Kulit Dina semakin pulih. Dina hanya menggunakan pencuci muka dan juga pelembap muka ini. Adik Dina yang mempunyai masalah kulit berjerawat pun doktor berikan produk jenama Ceradan. Adik Dina guna Ceradan Skin Barrier Repair Cream bersama ubat jerawat. Buat siapa yang masih belum jumpa pelembap yang sesuai dengan kulit, mungkin boleh cuba pelembap ini. Sesuai juga untuk orang yang mempunyai kulit sensitif seperti Dina. 

Dina ada sediakan pautan di bawah sekiranya awak nak beli. 

Ceradan Hydra Moisturiser - https://shp.ee/44c57r6
Ceradan Skin Barrier Repair Cream - https://shp.ee/zevdttn

Terima kasih x

8 comments

  1. Hai Dina nk tanya kiranya ceradan ni mmg elok ya jika kita pakai pada kulit yg masih berjerawat pon..dan boleh tahu tak ubat jerawat apa yg adik Dina pakai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang sesuai untuk kulit berjerawat. Ada dua jenis ubat jerawat yang Dina guna. Kalau jerawat jenis halus, Dina guna T3 Mycin. Kalau yang besar mcm jerawat batu, Dina guna Fucicort 15g. Semua ni boleh beli dekat farmasi

      Delete
  2. ASSALAMUALAIKUM DINA,
    SELEPAS PAKAI KRIM CERADAN, BOLEH ALAS DENGAN BEDAK TAK SELEPAS TU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Yasmeen,
      Yes. Boleh. Nak pakai ubat jerawat ke. Makeup ke. Pun boleh

      Delete
  3. hai dina ..adakah kita boleh memakai apa2 serum klau dh pakai ceradan ni ? kalau blh..serum tu perlu dipakai seblum atau selpas pemakaian ceradan ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Unknown! Boleh pakai serum. Dina pakai serum sebelum Ceradan. Sebab serum perlu kena kulit terlebih dahulu untuk ia serap ke dalam kulit.

      Delete
  4. Hi Dina. Tuk pencuci muka, pakai ceradan juga ke? Ada 2 1 moisturising body wash 2 gentle body wash. Pakai yg mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Izreen! Ya, benar. Dina pakai Ceradan juga untuk pencuci muka. Dina guna Ceradan Moisturizing Body Wash.

      - https://shp.ee/9bhe7jv

      Delete

Theme by STS