Social Media

Burger King Double Mushroom Swiss


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina memang suka gabungan burger dan cendawan. Dulu, kalau pergi Wendy's pun Dina selalu akan beli Mushroom Melt Burger. Dina juga pernah rasa McDonald Mushroom Cheese Melt Beef Burger sebelum ini. Sejujurnya, Dina lebih suka Burger King punya jika hendak dibandingkan dengan McD. Dina memang selalu beli Single Mushroom Swiss di Burger King. Sengaja nak cuba yang ada dua kepingan daging dan Dina agak kecewa.

Dina memang tiada masalah dengan kuatiti cendawan yang diberikan oleh Burger King. Tidak banyak, tapi cukup. Tidak seperti McDonald Mushroom Cheese Melt Beef Burger sebelum ini. Perkara yang sangat mengganggu Dina ialah daging burger dari Burger King sangat kering walaupun mempunyai sos dari cendawan itu sendiri. Bila kita makan burger, kalau boleh nak ada rasa minyak dari daging sedikit. Dina faham, permintaan Dina tidak masuk akal kerana Burger King adalah sebahagian daripada restoran makanan segera. Disebabkan oleh itu, Dina beli Mushroom Swiss. Dina berharap kuah cendawan tersebut cukup untuk membasahi daging. Tidak sangka Dina letak harapan menggunung. Mungkin satu kepingan daging cukup, tapi bukan dua.


Dina rasa Burger King Mushroom Swiss lebih sedap kalau hanya satu kepingan daging. Rasa jadi lebih seimbang dengan kehadiran sos cendawan itu sendiri. Apabila ada dua kepingan daging, burger tersebut secara tidak langsung terasa kering yang melampau. Dina terpaksa habiskan burger ini bersama sos cili. Kecewa betul. Mushroom Swiss Burger sepatutnya sedap di makan tanpa tambahan sos cili. 

Saiz burger ini jauh lebih besar dari McD. Rasa daging dia jauh lebih sedap daripada daging McD, cuma kering. Sos cili McD jauh lebih sedap. Dina tiada masalah dengan perkara lain. Dina tukar kentang goreng kepada bawang goreng. Burger King punya bawang goreng adalah antara yang terbaik. 


Untuk satu set besar, RM22.90 (tidak termasuk kos penghantaran). Adakah Dina akan beli lagi selepas ini? Mungkin yang satu kepingan daging sahaja. 

 5.8 / 10

Terima kasih x

1 comment

  1. sedapnya! belum prnah try lagi.. btw busyra follow sini! :)

    ReplyDelete

Theme by STS