Social Media

A Trip Down Memory Lane


Assalamualaikum dan hai semua,
Sejak PKPD dan cuti sem, Dina cepat rasa bosan dan tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Tiba-tiba teringat permainan video ketika kecil dulu. Rindu nak main semula. Dina saja cari di Google dan terjumpa permainan video yang lebih kurang sama dengan Dina pernah main dulu. Bezanya, Dina boleh main sahaja di laman sesawang dan Dina tidak perlu lagi muat turun ke dalam komputer riba. Dina tidak sangka, masih ada permainan video ini. Awak bertuah kerana hari ini Dina akan kongsikan dengan awak permainan video apa yang Dina suka main ketika Dina kecil. Permainan yang Dina kongsikan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak 5 tahun dan ke atas. 

Julung kalinya, Dina mendengar nama laman sesawang plays.org. Tapi banyak permainan video yang Dina suka di dalamnya. Benda pertama Dina terjumpa ialah permainan video Penguin Cafe

Gosh!

Dina dulu memang suka betul main Penguin Diner. Dina tidak pasti awak pernah main ke tidak. Dina terus main tanpa berfikir panjang. Penguin Cafe jauh lebih baik dari Penguin Diner sebab lagi rumit. Dina habiskan dalam masa beberapa jam sahaja dan tidak sabar untuk Penguin Cafe 2! Dina paling suka apabila ada watak Grizzly Bear yang datang dalam keadaan mengantuk dan lapar. Sebab dia mengingatkan Dina pada diri sendiri. 


Permainan video ini membantu kita untuk tangkas dalam berfikir dan bertindak. Dina perlu klik mana yang penting dahulu seperti hidangkan makanan, tunjukkan meja kepada pelanggan atau bersihkan meja. Lambat 3 saat, terus kena marah dengan pelanggan. Dina geram betul bila tukang masak mengambil masa yang agak lama sehinggakan pelanggan marah. Bukan itu sahaja, Dina juga boleh beli barang untuk menaik tarafkan kafe Dina. Dina sangat mengesyorkan Penguin Cafe ini! Kalau awak nak main, boleh klik sahaja gif di atas. 

Kemudian, Dina cuba mencari permainan video yang lain pula dan terjumpa Indiara And The Skull Gold. Kalau awak perasan, dalam laman sesawang itu sendiri ada tulis permainan video ini di inspirasi daripada adegan Indiana Jones Cave Escape. Dina pernah tengok satu sahaja cerita Indiana Jones dan itu pun selepas main permainan video Indiana Jones And the Last Crusade


Bahagian yang agak susah bagi Dina, bermula dari VI sehingga VIII. Batu yang kejar Indiara lagi pantas daripada sebelum ini dan banyak penghalang yang membuatkan pergerakan Indiara menjadi perlahan. Cabaran yang paling sukar permainan video ini ialah apabila kita sebagai pemain perlu cari berlian.

Seterusnya, Dina main permainan video Craig Of The Creek Defend The Sewers Balloon. Permainan video ini, mengingatkan Dina pada Zuma. Dina tidak pasti awak pernah main ke tidak. Zuma adalah antara permainan video yang digemari oleh Dina ketika kecil. Tidak silap Dina, Zuma kena muat turun dalam komputer untuk main. Selepas jumpa  Craig Of The Creek Defend The Sewers Balloon, Dina mula rasa tersentuh kerana teringat Dina selalu habiskan masa di hadapan komputer riba hanya untuk main permainan video yang seperti ini.


Tarikan pada permainan video  Craig Of The Creek Defend The Sewers Balloon ini ialah kita boleh main gilir-gilir. Dina perasan dalam setiap peringkat karakter akan berubah, waktu akan dikira dan markah tertinggi setiap karakter yang diberi. Maka, sangat sesuai buat siapa yang nak lawan dengan adik-beradik. Lihat siapa markah paling tinggi dalam jangka masa yang pendek. 

Dina paling suka bahagian yang terakhir, di mana Dina perlu tembak penjahat dalam pada masa yang sama Dina kena pastikan tiada belon masuk ke dalam lubang.


Comel betul permainan video ini. 

Dina pernah sekali tertutup pelayar web. Nasib baik, setiap permainan video yang Dina main tidak perlu ulang dari tahap 1. Dina boleh sahaja sambung di mana Dina berhenti. Kalau tidak, mahu Dina menangis tidak berlagu. Bukan itu sahaja, plays.org ini tiada iklan. Dina rasa kebanyakan laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan percuma kebiasaannya mempunyai iklan. Paling Dina tidak suka apabila ada iklan yang berunsurkan lucah. Nasib baik tiada iklan. 

Dina ada cuba juga untuk main dalam telefon bimbit. Tidak sangka, semua permainan video di plays.org boleh di main dalam telefon bimbit juga. Buat masa sekarang, Dina main King Rugni di telefon bimbit. Tidak perlu muat turun sebarang aplikasi. Dina guna Chrome di telefon bimbit sahaja. Mudah bukan? Seronok pula tulis tentang plays.org ini. 


Permainan video King Rugni ini lebih kurang seperti Plants vs Zombies, tapi versi yang jauh lebih baik. Dina pernah main Plants vs Zombies sehingga habis. Senjata yang Dina suka guna dalam permainan video King Rugni ialah flamer, mine dropper, storm caller, tar pump dan rocket launcher. Dina suka permainan video yang memerlukan strategi seperti ini. Cuma Dina akan mengambil masa beberapa hari untuk habiskannya. Tidak seperti permainan video di atas. Dina mampu habiskan dalam masa beberapa jam sahaja. 


Ada beberapa lagi permainan video lain yang Dina main, seperti  Powerpuff Girls  dan Simulasi. Dina ada juga main permainan video yang melibatkan pelajaran seperti Engineerio: Physics Logic dan juga Math Boy. Seronok main sesuatu yang mampu mencabar minda kita. Kalau awak nak tengok ada permainan video apa lagi, awak boleh tekan sahaja @plays.org.

Terima kasih x





Post a Comment

Theme by STS