Social Media

Words On Bathroom Walls (Movie)

 

Assalamualaikum dan hai semua,
Semalam Dina ajak teman lelaki Dina tengok Netflix dan Dina pilih cerita Words On Bathroom Walls. Ya, benar. Saya yang pilih. Cerita ini mengisahkan seorang remaja bernama Adam yang mempunyai masalah mental iaitu Schizophrenia. Buat pengetahuan awak, Schizophrenia adalah penyakit otak yang kronik di mana pesakit akan berhalusinasi, tidak boleh berfikir dengan waras dan mendengar suara halus.

Adam sering nampak tiga orang yang tidak pernah wujud iaitu Rebecca, BodyGuard dan Joaquin. Mereka bertiga ini yang sering mengganggu kehidupan seharian Adam. Pelbagai ubat dan doktor yang Adam telah cuba, tapi masih juga gagal untuk merawatnya. Maka, ibu Adam membuat keputusan untuk jadikan Adam sebagai bahan ujikaji ubat baru untuk merawat Schizophrenia. 


Konflik bermula apabila ubat tersebut mula memberi kesan sampingan kepada Adam. Dina cukup tertarik dengan cerita ini kerana kebanyakan filem hanya memberi kesedaran pada penyakit Depresi, Trauma dan ini kali pertama Dina menonton tentang Schizophrenia. Filem ini juga banyak berikan kata-kata yang positif. 

Dina suka bila cerita ini tunjuk bagaimana keadaan orang sekeliling bersusah payah cuba untuk memahami Adam dan bukannya buang dia di rumah sakit jiwa atau memanggilnya 'orang gila'. Ibu bapa dan teman wanita Adam cuba sedaya upaya untuk membantu beliau sembuh. 




Dina sangat mengesyorkan awak untuk menonton filem ini di Netflix!

🍿  

5 / 5


Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS