Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina cuba Burger Rio Daging dari McDonald's. Dina tidak pernah mencuba lagi burger ini. Itu yang rasa macam nak cuba. Tidak dinafikan, roti burger ini nampak sangat comel dan menarik. Rupa macam bola. Ada yang kata burger Rio kurang enak nak dibandingkan dengan burger yang lain.
Pada pendapat Dina, burger Rio ini kelihatan besar seperti Spicy Chicken McDeluxe dan dagingnya lebih tebal jika nak dibandingkan dengan cheese burger. Mempunyai sos yang sama seperti Sweet Chili Fish Burger. Ya, benar. Pedas. Dina paling suka rasa daging dalam burger Rio ini. Ada rasa panggang dia. Di makan pula bersama sos dia yang pedas, manis dan sedikit masam. Sempurna!
Roti dia pun ada rasa manis. Dina suka roti burger Rio ini. Sebelum ini, Dina memang berkenan dekat roti Spicy Chicken McDeluxe. Mungkin sudah tiba waktunya untuk Dina berubah angin. Sayur dalam burger Rio sama seperti Sweet Chili Fish. Maka, Dina boleh buat kesimpulan bahawa burger Rio sama sahaja seperti burger Sweet Chili Fish. Berbeza pada roti dan juga daging sahaja. Buat sesiapa yang memang teringin nak mencuba Sweet Chili Fish tapi tak makan ikan. Ini lah peluang terbaik anda.
Adakah Dina akan membelinya lagi? Mungkin. Tapi Dina lebih suka Spicy Chicken McDeluxe. Dina tidak pasti berapakah jumlah yang dibayar. Sebab bukan Dina yang bayar. Dina juga tukar air coke kepada kopi.
Terima kasih x
adoii...kat sini takde mekdi....hehehe
ReplyDeleteAlamak. Tak dapat lah mama yan nak mencubanya. hehe
DeleteTak pernah pulak try yang ni, nanti Lya boleh try hehe. Tapi for MCD, Lya paling suka sweet chilly fish burger. Sedap!
ReplyDelete