Social Media

Hias Almari Berlaci


Assalamualaikum dan hai semua,
Teruja apabila barang-barang hiasan untuk almari berlaci Dina sudah tiba. Sekian lama menanti detik ini. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sedikit. Kalau boleh memang nak cuba kurangkan barang atas almari berlaci untuk tampak lebih kemas. Mama memang beli perabot dalam bilik Dina warna putih. Maka, Dina memilih kebanyakan perhiasan berwarna putih ataupun lutsinar.

Jangan risau. Seperti biasa, Dina akan kongsikan juga, dekat mana Dina beli barang-barang semua ni. Dina tidak tahu kenapa, sejak kebelakangan ini Dina lebih teruja dalam hias bilik berbanding benda lain. Mungkin sudah tua. 

Dina mempunyai dilema ketika memilih dulang untuk letak koleksi minyak wangi Dina. Mengambil masa berbulan-bulan juga untuk fikir sama ada, Dina nak gaya yang lebih kepada Scandinavian atau Minimalist. Bila difikirkan, Dina lebih berat kepada Scandinavian. Dina rasa Scandinavian buat bilik Dina rasa lebih tenang. Jadi, Dina memilih Nordic Round Tray sebagai dulang hias koleksi minyak wangi Dina. Satu dulang berharga RM39.54 (termasuk pos).


B E L I

Sebelum beli, Dina memang sudah ukur terlebih dahulu. Nak pastikan Dina tidak beli dulang yang terlalu besar. Pastikan awak ukur juga sebelum beli. Tengok dulu ukuran untuk memastikan dulang ini muat untuk ruang awak, sebab saiz dulang ini agak besar. Dalam dulang ini, Dina letak beberapa botol minyak wangi, lilin dan juga pasu. Awak boleh hias seperti mana yang awak mahukan. Lilin Dina dari Bath & Body Works. Minyak wangi pula koleksi Ariana Grande. 

Bekas akrilik itu, Dina simpan barang solekan Dina. Dina beli tiga tingkat terus. Itu yang awak nampak tinggi. Dina lebih suka akrilik berlaci begini, kerana mudah dapat dan boleh pilih jenis laci. Satu bekas akrilik bernilai RM 23.90 (tidak termasuk pos). 

Dina sertakan sekali gambar almari berlaci Dina sebelum di hias. Sangat bersepah. Tidak tersusun. Main letak ikut suka sahaja. 


Terima kasih x






1 comment

  1. Kemas ruang-ruang dengan barang cantik is one of therapy jugak. Cantik yang Dina beli ni. Thanks for sharing!

    ReplyDelete

Theme by STS