Assalamualaikum dan hai semua,
Pada raya kedua tahun ini, Dina sudah mula muak dengan sajian raya. Terfikir untuk membeli makanan menggunakan aplikasi Grab Food. Dina memilih Texas Chicken kerana mempunyai promosi dan tertarik dengan menu edisi Korea mereka. Teringin nak tahu rasa sedap ke tidak dan Texas Chicken berjaya menarik perhatian Dina.
Dia pilih tiga jenis makanan yang berbeza, tapi semua ada sos Korea. Pertama, Dina ambil Spicy Korean Rice Bowl. Dina tidak pasti nasi apa yang mereka gunakan, tapi terasa seperti nasi lemak. Perkara yang paling buat Dina rasa menjengkelkan ialah garam dalam nasi tersebut tidak rata. Dina tidak pasti garam memang patut ada dalam nasi itu ke tidak. Dina cuma pasti yang Dina tergigit garam. Bagi Dina, Spicy Korean Rice Bowl tidak sedap. Kalau Dina nak letak bintang, Dina letak 1/10 sahaja. Dina bagi satu bintang sebab ayam dia sedap.
Seterusnya, Dina beli Spicy Korean Mash Bowl. Sos yang mereka gunakan untuk hidangan ini sama seperti Spicy Korean Rice Bowl tadi. Dina rasa mereka letak sos Samyang. Rasa sos sedap kalau awak memang suka makan Samyang. Bahagian rasa Spicy Korean Mash Bowl pula, Dina suka. Tapi... Mayonis Texas Chicken buatkan rasa Spicy Korean Mash Bowl jadi tidak sedap. Mayonis Texas Chicken rasa masam dan busuk. Seolah-olah sudah basi. Dina bagi 5/10 bintang (kalau alihkan mayonis).
Kita beralih kepada Spicy Ramyeon Flatbread pula. Dina suka roti yang digunakan oleh Texas Chicken. Sedap dan lembut. Spicy Ramyeon Flatbread jadi tidak sedap kerana coleslaw mereka rasa seolah sudah rosak. Kawan Dina kata rasa coleslaw Texas Chicken memang begitu. Dina berakhir dengan makan ayam dalam Spicy Ramyeon Flatbread itu sahaja. Untuk ini, Dina bagi 2/10 bintang. Sebab rasa coleslaw rosakkan segalanya.
Dina tidak beli air sebab Dina nak cuba Nescafe Coffee Milk Tea. Dina pernah cuba yang 3 dalam 1 sebelum ini dan Dina tidak menggemarinya. Selepas cuba yang versi tin, Dina berani cakap tin jauh lebih sedap daripada 3 dalam 1 punya. Mungkin sukatan air memainkan peranan yang tinggi.
Adakah Dina akan membeli Texas Chicken Menu Edisi Korea lagi selepas ini? Mungkin Spicy Korean Mash Bowl. Kali ini, Dina akan minta tiada mayonis dan letak mayonis Dina sendiri.
Terima kasih x
Post a Comment