Social Media

Kenny Hills Bakers


Assalamualaikum dan hai semua,
Terasa lama tidak menulis review kafe yang menarik. Baru-baru ini, mama Dina beli makanan untuk berbuka di Kenny Hills Bakers. Pelbagai jenis pencuci mulut yang mama Dina beli untuk cuba. Kafe ini juga cukup terkenal dengan pencuci mulut mereka. Dina jadi teruja untuk mencubanya juga!

Benda pertama yang Dina akan cuba bila dengar perkataan kafe ialah kopi. Dina mempunyai tabiat suka tengok menu dahulu sebelum pergi kafe. Sebab Dina nak tahu apa yang ada. Disebabkan itu, Dina tahu Kenny Hills Bakers boleh tukar susu dan tambah espresso untuk kopi mereka. Awak tidak tahu betapa seronoknya Dina selepas baca menu. Maka, Dina membuat keputusan untuk mencuba Cappuccino bersama susu badam dan tambah Espresso. Bahagian rasa, kopi dia memang pekat dan sedap. Dina suka ada rasa pahit kopi. Lagipun, kita minum kopi sebab memang nak ada rasa pahit kopi. Kalau nak rasa susu, baik Dina beli susu sahaja. 

Tapi... Dina kurang suka susu badam dari kafe ini. 

Kenapa? Sebab susu badam tersebut potong rasa kopi Dina. Dina tak nafikan Dina dapat rasa susu badam dia sangat segar dan tidak seperti susu badam dalam kotak. Mungkin mereka memang buat susu badam itu sendiri sebab rasa badam begitu kuat. Dina hanya rasa mereka bukan kombinasi yang baik. Bau dan rasa badam banyak potong rasa kopi Dina. Kalau di minum secara berasingan, Dina rasa akan lebih sedap. Mungkin. Oh, saiz cawan kopi ini kecil sahaja. 


Seterusnya, Dina ada memesan Smoked Salmon Bagel. Dina memang peminat ikan Salmon. Lagi-lagi yang sashimi. Sedap betul. Pada saat ini, pasti awak sudah tahu kenapa Dina beli Smoked Salmon Bagel. Secara jujur, bagel dia keras. Dina tidak tahu sama ada disebabkan Dina makan lambat atau bagel dia memang keras. Percubaan untuk belah dua bagel ni juga tidak menjadi. Tapi, keju krim dan smoked salmon dia sedap. Dina kena bagi kredit untuk yang itu walaupun berlaku pergelutan di antara bagel dan juga Dina. Dina risau dengan kesihatan rahang ketika makan bagel, Dina berakhir dengan ratah smoked salmon sahaja. Stres betul. 

Bukan itu sahaja, mama Dina juga ada beli piza. Tidak pasti mana satu, tapi andaian Dina ialah Hawaiian kerana piza yang Dina makan ada nanas atau mungkin Magherita With Burrata sebab ada daun basil. Untuk bahagian rasa, sedap bagi Dina. Mungkin sebab kombinasi ayam, nanas, sos tomato dan daun basil yang membuatkan piza itu lebih sempurna. 

Mesti awak macam,"DINA BILA NI NAK KOMEN TENTANG PENCUCI MULUT!??"

Maaf, Dina sengaja susun pencuci mulut dibahagian bawah. 


Peach Strudel cukup terkenal di Kenny Hills Bakers. Di Instagram, Dina akan nampak orang pergi Kenny Hills Bakers untuk Peach Strudel. Dina juga tidak melepaskan peluang untuk merasanya. Selepas rasa, baru Dina tahu kenapa Peach Strudel ini betul digilai ramai. Rasa manis dan masam yang sempurna. Dina suka pencuci mulut yang seimbang seperti ini. Kebanyakan kafe yang Dina pergi, pencuci mulut mereka sama ada terlalu manis ataupun terlalu masam (buah/perahan limau). 

Selain itu, Dina juga suka kek keju mereka. Dina kagum dengan Kenny Hills Bakers kerana pandai dalam seimbangkan rasa untuk pencuci mulut mereka. Sekarang Dina lebih faham kenapa orang selalu datang beli pencuci mulut mereka. 


Antara pencuci mulut yang Dina kurang berkenan ialah Key Lime Pie. Terlalu masam untuk Dina. Agak kecewa dekat situ. Rupa nampak sedap dan cantik. Papa Dina cakap Lemon Meringue Pie dia rasa lebih kurang dengan Key Lime Pie. Papa Dina pun kurang suka pai limau mereka. Akhir sekali, Dina ada rasa Quiche of The Day mereka. Bagi Dina, Quiche mereka tidak terlalu teruk. Masih boleh dimakan. Tapi keluarga Dina tidak suka kerana tiada rasa. 

Adakah Dina akan datang Kenny Hills Bakers lagi selepas ini? Mungkin hanya untuk Peach Strudel dan kek keju sahaja. Jumlah yang dibayar RM 205+.

Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS